Riyadh catat 1,099 kes

ARAB Saudi merekodkan 3,288 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 108,571. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 37 kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kes 783. Sementara itu sebanyak 1,815 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pemulihan 76,339 . Kes aktif pula 31,449 dan kes kritikal 1,686. Riyadh terus mencatatkan peningkatan kes harian apabila mencatatkan 1,099 kes baharu berbanding 746 kes yang dilaporkan semalam. Ini diikuti Jeddah yang melaporkan 447 kes dan Makkah 411, Dammam 198, Madinah 161, Al Khobar 145…

Read More

Kes tertinggi di Indonesia

THAILAND melaporkan dua kes baharu Covid-19, melibatkan rakyatnya yang kembali dari luar negara dan tiada kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes  3,121 dengan 58 kematian. Pembantu Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi Covid-19 (CSSA),  Dr Panprapa Yongtrakul berkata dua kes baharu itu adalah penuntut lelaki berusia 22 tahun yang pulang dari Arab Saudi dan wanita berusia 31 tahun yang kembali dari Belanda. Thailand merekodkan  tiada jangkitan tempatan selama 15 hari berturut-turut. Sesebuah negara akan dianggap sebagai ‘berisiko’ rendah selepas ketiadaan jangkitan tempatan dua kali ganda dari tempoh…

Read More

Tujuh kes baharu, sembuh 281

PUTRAJAYA: Dua hari berturut-turut, Malaysia mencatat kes Covid-19 satu angka, tujuh kes, tanpa kes penularan dalam negara melibatkan kalangan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara adalah sebanyak 8,336 kes. Daripada tujuh kes itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala satu kes penularan di dalam negara melibatkan pekerja bukan warganegara (iaitu kes saringan untuk mula berkerja). Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini adalah 1,244 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Terdapat 281…

Read More

84 hari selepas Allah SWT ‘mengajar’ kita

HARI ini hari ke-84, hari terakhir rakyat Malaysia berada dalam kehidupan yang akan dikenang sebagai satu sejarah yang amat bermakna. Hidup di luar kebiasaan dalam pelbagai sekatan mulai 18 Mac. Dalam tempoh Itu, kita muhasabah menilai diri untuk memperbaiki diri sendiri. Terlalu banyak pengajarannya. Dalam resah dan cemas terselit pengalaman amat bermakna. Situasi yang dihadapi bukan dalam peperangan yang memerlukan senjata yang canggih untuk membunuh musuh. Sebaliknya kita berperang dengan virus, tidak seperti jentik-jentik aedes yang mudah dimusnahkan. Selepas enam bulan, Covid-19 ‘tidak peduli’ dengan senjata perang yang canggih sama…

Read More

Status solat, haji Khamis ini

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  menerima sembah menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri melalui sidang video di Istana Negara hari ini, 9 Jun. Sementara itu, keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji untuk mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan Khamis ini. Menurut Dr Zukifli, turut akan diumumkan adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini…

Read More

WHO minta tingkatkan usaha

GENEVA: Selepas lebih enam bulan wabak Covid-19, ini bukan waktunya bagi mana-mana negara mengurangkan usaha sebaliknya ini adalah masa bagi semua negara untuk terus bekerja keras berdasarkan penyatuan, penyelesaian dan solidariti. Itu kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat media malam tadi (waktu Malaysia). Katanya, setiap negara perlu terus meningkatkan langkah keselamatan kesihatan bagi mengekang Covid-19 dengan fokus kepada mereka yang mengalaminya bagi mengurangkan kebolehjangkitan walaupun terdapat kes  tidak bergejala. “Jarang sekali seseorang yang tidak mempunyai gejala menjangkiti orang lain. Jika kita benar-benar mengikuti…

Read More

7.08 juta kes, 405,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat pagi ini mencecah 7.08 juta manakala kematian pula meningkat kepada 405,000 kes. Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, jumlah jangkitan bertambah 10,000 kes manakala kematian meningkat sebanyak 4,000 kes. Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan dengan mencatatkan 1.95 juta dengan kematian 110,932. Brazil menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif 691,758 kes, manakala Rusia merekodkan 476,043 kes. Empat negara yang merekodkan angka melebihi 200,000 kes adalah United Kingdom 288,834, India 265,928, Sepanyol 241,717 dan Itali 235,278. Sembilan buah…

Read More