7.08 juta kes, 405,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat pagi ini mencecah 7.08 juta manakala kematian pula meningkat kepada 405,000 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, jumlah jangkitan bertambah 10,000 kes manakala kematian meningkat sebanyak 4,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan dengan mencatatkan 1.95 juta dengan kematian 110,932.

Brazil menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif 691,758 kes, manakala Rusia merekodkan 476,043 kes.

Empat negara yang merekodkan angka melebihi 200,000 kes adalah United Kingdom 288,834, India 265,928, Sepanyol 241,717 dan Itali 235,278.

Sembilan buah negara pula mencatatkan jumlah jangkitan melebihi 100,000 kes, didahului Peru 199,696, Perancis 191,313, Jerman 186,109, Iran 173,832, Turki 171,121,  Chile 138,846, Mexico 117,103, Arab Saudi 105,283 dan Pakistan 103,671.

Kanada pula mencatatkan 97,498 kes mengatasi angka jangkitan di China, lokasi bermulanya virus itu, dengan jumlah kes positif melebihi 84,192 kes. Di belakang China adalah Qatar 70,158 kes.

Sementara itu, United Kingdom (UK) merekodkan 40,680 kematian diikuti Brazil 36,455, Itali 33,964, Perancis 29,212 dan Sepanyol 27,136.

Lebih 10 negara mengatasi jumlah kematian di China sebanyak 4,638 iaitu Mexico 13,699, Belgium 9,606, Jerman 8,695, Iran 8,351, Kanada 7,889, India 7,473, Netherland 6,035, Rusia 5,963, Peru 5,571, Turki 4,711, Sweden 4,694.

Sementara itu kes pesakit yang telah sembuh pula 3.17 juta pesakit.

Related posts

Leave a Comment