Riyadh catat 1,099 kes

ARAB Saudi merekodkan 3,288 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 108,571.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 37 kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kes 783.

Sementara itu sebanyak 1,815 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pemulihan 76,339 .

Kes aktif pula 31,449 dan kes kritikal 1,686.

Riyadh terus mencatatkan peningkatan kes harian apabila mencatatkan 1,099 kes baharu berbanding 746 kes yang dilaporkan semalam.

Ini diikuti Jeddah yang melaporkan 447 kes dan Makkah 411, Dammam 198, Madinah 161, Al Khobar 145 dan Qatif 131.

Related posts

Leave a Comment