Thailand bebas kes tempatan

INDONESIA mencatatkan 847 kes positif baharu Covid-19 menjadikan kes terkumpul 32,033 dengan jumlah kematian sebanyak 1,883 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 32 lagi kematian dilaporkan..

Sebanyak 14,010 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 24 jam juga, seramai 406 pesakit sembuh, menjadikan mereka yang sembuh sehingga kini berjumlah 10,904 orang.

THAILAND bebas daripada jangkitan tempatan Covid-19 selama 14 hari dan tujuh kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah rakyatnya yang kembali dari luar negara dan dikuarantin selama 14 hari. Tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi Covid-19 (CCSA) , Thaweesilp Wissanuyothin berkata, setakat ini Thailand merekodkan 3,119 kes dengan 58 kematian.

Dalam dua minggu lepas Thailand melaporkan 77 kes  dan kesemua mereka adalah rakyat Thailand yang pulang dari luar negara. Daripada tujuh kes itu, empat baru kembali dari Emiriyah Arab Bersatu termasuk kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, dua penuntut yang pulang dari Pakistan dan seorang wanita yang tiba dari Amerika Syarikat.

SINGAPURA melaporkan penambahan 386 kes jangkitan Covid-19 bagi tempoh 24 jam berakhir 12 tengah hari ini menjadikan 38,296 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) sebahagian besar kes melibatkan pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama pekerja. Terdapat dua kes dalam masyarakat iaitu seorang warga Singapura dan pemegang Pas Kerja.

Pada masa ini, sebanyak 295 kes yang disahkan positif dirawat di hospital dengan tiga daripada mereka berada di unit jagaan rapi manakala 24,877 kes dilaporkan sembuh semalam.

Sejumlah 12,704 pula berada di pusat pengasingan di kemudahan masyarakat. Setakat ini, 25 telah meninggal dunia akibat Covid-19, sementara sembilan yang diuji positif bagi virus tersebut meninggal dunia atas sebab lain.

FILIPINA merekodkan 579 kes sehingga pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 22,474.

Menurut Jabatan Kesihatan (DOH), sebanyak 331 kes terkini dan 248 kes lewat dikaporkan. Kes baharu hari ini adalah berdasarkan laporan pencapaian harian yang diserahkan oleh 27 daripada 43 makmal operasi semasa.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 1,011 kes termasuk lapan kematian yang dilaporkan hari ini. DOH juga mengumumkan 107 kes pukih menjadikan jumlah pemulihan sebanyak 4,637.

Related posts

Leave a Comment