Riyadh catat 746 kes

ARAB Saudi merekodkan 3,369 kes baharu positif Covid-19 dengan 34 kematian menjadikan jumlah kumulatif kes 105,283 dan 746 kematian.

Pada masa yang sama sebanyak 1,707 kes pulih menjadikan jumlah sembuh 74,524.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 746 kes diikuti Jeddah 577, Makkah 376, Dammam 301, Hufof 241, Qattif 224, Al Khobar 180 dan Madinah 124.

Sementara itu kes aktif 30,013 dan kes kritikal 1,632.

Related posts

Leave a Comment