Riyadh catat 746 kes

ARAB Saudi merekodkan 3,369 kes baharu positif Covid-19 dengan 34 kematian menjadikan jumlah kumulatif kes 105,283 dan 746 kematian. Pada masa yang sama sebanyak 1,707 kes pulih menjadikan jumlah sembuh 74,524. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 746 kes diikuti Jeddah 577, Makkah 376, Dammam 301, Hufof 241, Qattif 224, Al Khobar 180 dan Madinah 124. Sementara itu kes aktif 30,013 dan kes kritikal 1,632.

Read More

Thailand bebas kes tempatan

INDONESIA mencatatkan 847 kes positif baharu Covid-19 menjadikan kes terkumpul 32,033 dengan jumlah kematian sebanyak 1,883 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 32 lagi kematian dilaporkan.. Sebanyak 14,010 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Bagi tempoh 24 jam juga, seramai 406 pesakit sembuh, menjadikan mereka yang sembuh sehingga kini berjumlah 10,904 orang. THAILAND bebas daripada jangkitan tempatan Covid-19 selama 14 hari dan tujuh kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah rakyatnya yang kembali dari luar negara dan…

Read More

Awas gelombang kes denggi

BELUM selesai Covid-19, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan berlaku gelombang kedua atau peningkatan kes demam denggi mulai bulan ini hingga September ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun berlaku trend penurunan kes denggi sejak awal tahun ini, namun sejak enam minggu lepas terdapat trend peningkatan secara berterusan. Katanya, purata peningkatan sebanyak lapan peratus setiap minggu dan sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, 84 kes kematian demam denggi dilaporkan berbanding 83 kes pada tahun lepas. “Berdasarkan siasatan awal terhadap 84 kes kematian demam denggi pada tahun ini, didapati 11 peratus…

Read More

Tiada ibadah korban

MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak akan melaksanakan ibadah korban di masjid-masjid di negara itu pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19. Dalam satu kenyataan hari ini, MUIS menjelaskan berdasarkan situasi semasa, terdapat kesulitan untuk mengimport ternakan dan pengurusan bagi tujuan ibadah berkenaan. Bagaimanapun bagi mereka yang berhasrat melakukan ibadah itu boleh berbuat demikian di Australia melalui kerjasama masjid di republik itu. Masjid akan melantik penyedia khidmat berkenaan di mana daging berkenaan akan dihantar ke Singapura  untuk agihan kepada yang berkenaan. Maklumat lanjut berkaitan ibadah itu akan dikeluarkan pada hujung…

Read More

7 kes : 2 import, 5 tempatan

PUTRAJAYA : Kes harian terendah dicatatkan hari ini apabila Malaysia merekodkan satu angka kes Covid-19 dengan hanya tujuh kes baharu dicatatkan pada pengumuman hari ini.. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 adalah sebanyak 8,329 kes, manakala terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj. Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia. Bilangan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,518 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi…

Read More

Kerjasama Pas, BN,PPBM

PAS menegaskan bahawa kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin mantap dan bersedia memacu tenaga dan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama itu juga sekaligus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menjadi ‘kerajaan hari ini (government of the day). “Pas akan terus komited mendukung dan mempertahankan kedudukan Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Mohd Yasin bersama barisan Kabinet yang terdiri dari semua parti anggota,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, tanpa mempedulikan pelbagai spekulasi,…

Read More

Singapura tidak akan tumbang

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberi jaminan bahawa negara itu tidak akan ‘tumbang’ dalam usaha kerajaan menghadapi tempoh beberapa tahun akan datang yang  penuh gangguan dan kesukaran akibat pandemik Covid-19. Beliau mengakui Covid-19 bukan sahaja satu masalah kepada kesihatan awam tetapi juga masalah ekonomi, sosial dan politik yang serius.  “Yang jelas, beberapa tahun mendatang akan menjadi satu tempoh yang penuh dengan gangguan dan kesukaran bagi Singapura.  “Tetapi di sebalik cabaran berat yang kita hadapi, ini jaminan saya: jangan bimbang, kita tidak akan tumbang. Saya yakin kita mampu untuk menjamin…

Read More

Tadabbur 604 muka surat al-Quran mulai hari ini 8 Jun

TAHNIAH kepada sahabat media, Hussamuddin Yaacub yang berjaya menggerakkan program tadabbur al-Quran setiap hari mulai hari ini melalui TV AlHijrah. Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga Pengerusi TV AlHijrah, itu berkata program itu susulan misi “MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah” digerakkan WUI sejak tujuh lalu. Program itu dalam usaha memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat, khususnya umat Islam, terhadap kepentingan al-Quran sebagai manual kehidupan. Katanya, program itu juga diterbitkan susulan kejayaan Malaysia #QuranTime yang disiarkan di TV AlHijrah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencatatkan 1.6 juta tontonan di platform…

Read More

Hampiri 7 juta, 400,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri 7 juta sementara kematian melebihi 400,000 orang. Data Johns Hopkins University sehingga 6.30 pagi ini menunjukkan terdapat pertambahan 380,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam dan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 1.92 juta kes. Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif 672,846 kes, diikuti Rusia yang merekodkan 467,073 kes. Empat negara merekodkan lebih 200,000 kes di mana United Kingdom (UK) mendahului dengan 287,621 kes diikuti India 257,506,  diikuti Sepanyol 241,550 dan Itali 234,998. Sementara Arab Saudi hari ini…

Read More