Tiada ibadah korban

MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak akan melaksanakan ibadah korban di masjid-masjid di negara itu pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, MUIS menjelaskan berdasarkan situasi semasa, terdapat kesulitan untuk mengimport ternakan dan pengurusan bagi tujuan ibadah berkenaan.

Bagaimanapun bagi mereka yang berhasrat melakukan ibadah itu boleh berbuat demikian di Australia melalui kerjasama masjid di republik itu.

Masjid akan melantik penyedia khidmat berkenaan di mana daging berkenaan akan dihantar ke Singapura  untuk agihan kepada yang berkenaan.

Maklumat lanjut berkaitan ibadah itu akan dikeluarkan pada hujung bulan ini.

Related posts

Leave a Comment