7 kes : 2 import, 5 tempatan

PUTRAJAYA : Kes harian terendah dicatatkan hari ini apabila Malaysia merekodkan satu angka kes Covid-19 dengan hanya tujuh kes baharu dicatatkan pada pengumuman hari ini..

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 adalah sebanyak 8,329 kes, manakala terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Bilangan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,518 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. 

Tiada kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian wabak berkenaan kekal 117 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada lima kes membabitkan warganegara, dua kes ialah kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-8294) di Sepang, Selangor.

“Selain itu, melibatkan satu kes saringan tempat kerja daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, satu kes saringan prapembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas dan satu kes saringan komuniti di Kota Kinabalu, Sabah,” jelasnya. 

Sehingga kini, sebanyak enam kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment