Sekatan di Jeddah mulai 6 Jun

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi pada Jumaat melaporkan 2,591 kes baharu Covid-19 dengan 31 kematian, menjadikan jumlah terkumpul 95,748 kes dan 642 kematian. Pada masa yang sama jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 70,616 kes apabila 1,651 lagi pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu. Kes tertinggi dilaporkan di Riyadh dengan 719 kes diikuti Jeddah 459, Makkah 254, Madinah 129 dan Hufof 102. Sementara itu Kementerian Dalam Negeri mengumumkan beberapa sekatan sementara bagi membendung penularan wabak di Jeddah mulai esok (6 Jun) hingga 20 Jun. Menurut agensi berita Saudi, langkah itu…

Read More

Brunei, Vietnam sifar kes

THAILAND melaporkan satu kes baharu Covid-19, melibatkan seorang lelaki Thai yang baru pulang dari Kuwait, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 3,102 dengan 58 kematian. Tiada kematian baharu dilaporkan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19  Thaweesilp Wissanuyothin berkata lelaki berusia  45 tahun tersebut kembali ke Thailand pada 24 Mei dan menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti kerajaan. Dia disahkan positif menerusi ujian kali kedua. Setakat ini, seramai 165 warga Thai di pusat kuarantin kerajaan telah disahkan positif Covid-19, dan daripada jumlah itu, 31 merupakan mereka yang pulang dari Kuwait, iaitu paling ramai dalam…

Read More

19 kes : 7 import, 12 tempatan

PUTRAJAYA: Satu kematian dan 19 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan 116 kes kematian manakala kes positif Covid-19 sebanyak 8,266 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Jumaat, tujuh kes positif merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. “Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya. Katanya, terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 6,610 kes, bersamaan dengan 80…

Read More

144 ingkar PKPB dikompaun

PUTRAJAYA: Gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dua tapak binaan diarah tutup semalam dan baki 81 tapak binaan tidak beroperasi. Dalam pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) semalam, 53 peratus daripada 191 tapak binaan mematuhi SOP) yang ditetapkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 101 tapak binaan mematuhi SOP manakala tujuh tidak patuh SOP dan diberi amaran. Setakat hari ini, jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa oleh CIDB adalah 6,750 dan daripada jumlah itu, 1,312 tapak binaan didapati mematuhi SOP dan 295 tapak binaan tidak patuh SOP dan…

Read More

40 inisiatif PENJANA pacu semula ekonomi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran wabak Covid-19. Menerusi PENJANS yang bertema ‘Bersama Menjana Ekonomi’, kerajaan mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat; melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonom Tegasnya, PENJANA juga merupakan strategi keempat pemulihan yang diambil kerajaan dalam berdepan cabaran Covid-19. Secara keseluruhannya terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA dan daripada jumlah itu, RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung kerajaan. Beliau berkata demikian dalam perutusan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek…

Read More

Khalil banyak bantu negeri

YANG Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menyifatkan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang, serta  merupakan penasihat yang bersama-sama pentadbiran kerajaan negeri, berusaha membangunkan Melaka sebagai negeri pelancongan peringkat antarabangsa. Beliau berkata khidmat bakti serta idea Mohd Khalil selama 16 tahun sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka amat berharga dan menyumbang kepada kepesatan pembangunan serta kemajuan negeri juga seluruh rakyat Melaka. “Semenjak Tun (Mohd Khalil) memegang jawatan sebagai yang Dipertua Negeri Melaka banyak pencapaian dan kejayaan telah diraih sama ada dalam negeri, negara mahupun…

Read More

Anak Melaka pertama jadi TYT

TUN Mohd Ali Rustam merupakan anak jati Melaka pertama memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka. Sebelum ini, mereka yang memegang jawatan itu dua daripadanya berasal dari Perak dan masing-masing seorang dari Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang. Mohd Ali yang juga bekas Ketua Menteri Melaka amat dikenali sebagai individu membangunkan negeri Melaka sebagai antara destinasi pelancongan terkenal dunia, dilahirkan di Kampung Bukit Katil di sini pada 24 Ogos 1949. Mohd Ali, 70, mengakhiri zaman bujangnya pada 28 April 1984 menyunting Toh Puan Asmah Abdul Rahman, 64, yang berasal dari Muar, Johor sebagai suri hatinya…

Read More

Brazil kedua tertinggi kes

AMERIKA Syarikat (AS) yang sedang bergelut dengan tunjuk perasaan kes kematian lelaki Afrika-Amerika, George Floyd terus mencatat kes positif Covid-19 tertinggi dan kematian yang meningkat dalam tempoh 24 jam lalu. Data dari Johns Hopkins University menunjukkan dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 140,000 kes jangkitan baharu dan kenaikan 6,000 kes kematian di seluruh dunia. Sehingga 6.30 pagi ini, dunia merekodkan 6.58 juta kes dengan AS mendahului dengan 1.87 juta kes sementara daripada 388,000 kematian seluruh dunia, AS mendahukui dengan 108,051 kes. Brazil menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif…

Read More