Brazil kedua tertinggi kes

AMERIKA Syarikat (AS) yang sedang bergelut dengan tunjuk perasaan kes kematian lelaki Afrika-Amerika, George Floyd terus mencatat kes positif Covid-19 tertinggi dan kematian yang meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.

Data dari Johns Hopkins University menunjukkan dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 140,000 kes jangkitan baharu dan kenaikan 6,000 kes kematian di seluruh dunia.

Sehingga 6.30 pagi ini, dunia merekodkan 6.58 juta kes dengan AS mendahului dengan 1.87 juta kes sementara daripada 388,000 kematian seluruh dunia, AS mendahukui dengan 108,051 kes.

Brazil menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan 584,016 kes tetapi di tempat keempat jumlah kematian dengan 32,548 kes. Ini diikuti Rusia yang merekodkan 440,538 kes dan 5,376 kematian

Empat negara merekodkan kes melebihi 200,000 iaitu United Kingdom 283,079, Sepanyol 240,660, Itali 234,013 dan India 226,713.

Tujuh negara pula merekodkan lebih 100,000 kes didahului Perancis 189,569, Jerman 184,472, Peru 183,198, Turki 167,410, Iran 164,270, Chile 118,292 dan Mexico 101,238.

Sementara itu Kanada, Arab Saudi dan Pakistan mengatasi kes jangkitan di China tempat berasalnya virus itu dengan jumlah melebihi 84,000 kes.

China merekodkan 84,166 sementara Kanada 95,244, Arab Saudi 93,157 dan Pakistan 85,264.

Bagi kes kematian, selain AS, turut mencatatkan kes tertinggi adalah United Kingdom 39,987, Itali 33,689, Brazil 32,548 sementara Perancis 29,068, Sepanyol 27,133 dan Mexico 11,729.

Bagi kes pesakit yang sembuh, sebanyak 2.84 juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

Related posts

Leave a Comment