40 inisiatif PENJANA pacu semula ekonomi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran wabak Covid-19.

Menerusi PENJANS yang bertema ‘Bersama Menjana Ekonomi’, kerajaan mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat; melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonom

Tegasnya, PENJANA juga merupakan strategi keempat pemulihan yang diambil kerajaan dalam berdepan cabaran Covid-19.

Secara keseluruhannya terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA dan daripada jumlah itu, RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek pada Jumaat.

Selain itu, Perdana Menteri mengambil menerangkan mengenai keadaan ekonomi negara ketika ini.

Katanya, Malaysia menghadapi cabaran agak getir seperti kadar pengangguran di paras 3.9 peratus iaitu kira-kira 610,000 pada Mac 2020.

Untuk menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan, kerajaan memperuntukkan hampir RM9 bilion yang akan memanfaatkan tiga juta tenaga pekerja melalui beberapa inisiatif.

Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran meningkat 5.5 peratus atau lebih 860,000 kes pada keseluruhan tahun ini.

“Bagaimanapun, saya dan Jemaah Menteri akan memastikan kita dapat memangani masalah ini, membendung Covid-19 sekali gus memastikan ekonomi negara kembali berdaya saing,” katanya.

Related posts

Leave a Comment