19 kes : 7 import, 12 tempatan

PUTRAJAYA: Satu kematian dan 19 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan 116 kes kematian manakala kes positif Covid-19 sebanyak 8,266 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Jumaat, tujuh kes positif merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya.

Katanya, terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 6,610 kes, bersamaan dengan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai enam kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

.Mengenai kes kematian, ia melibatkan lelaki tempatan berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 Jun 2020 pukul 10.20 malam.

Related posts

Leave a Comment