Operasi semula kereta api Haramain September

JEDDAH : Perkhidmatan kereta api Haramain akan kembali beroperasi mulai September ini, demikian menurut kenyataan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Haramain. Kerja-kerja sedang dilakukan bagi memenuhi permintaan tinggi dan mengangkut sebanyak mungkin penumpang antara Makkah dan Madinah. Menurut kenyataan itu, tempoh Julai hingga Ogos akan digunakan untuk usaha meningkatkann kapasiti perjalanan sesuai dengan piawaian dunia. Walaupun tarikh operasi dan tempahan tiket akan diumumkan kemudian tetapi kenyataan itu meyebut, e-tiket boleh dibeli mulai Ogos melalui laman web Haramain Express Train. Pada hujung September tahun lalu, satu kebakaran berlaku di stesen Jeddah, iaitu…

Read More

Lega tetapi perlu berjaga-jaga

TERUSKAN berjaga-jaga. Itu nasihat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjelang lebih banyak langkah pemutus litar ditarik balik esok (2 Jun) yang menyaksikan pembukaan semula tiga perempat sektor ekonomi dan satu pertiga pekerja kembali bekerja. Menyifatkan satu kelegaan besar untuk semua, tetapi masih ada risiko, Lee mahu orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk mengekalkan jarakan selamat, pakai pelitup muka ketika di luar dan di tempat kerja, menjaga kebersihan diri dan kerap basuh tangan. Mereka juga perlu mengelakkan tempat ramai orang dan perhimpunan. “Jika kita lakukan semua ini, kehidupan akan dapat…

Read More

Kes 87,142 sembuh 64,306

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,881 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 87,142. Jumlah kematian pula meningkat kepada 525 kes dengan penambahan 24 lagi kematian hari ini. Sebanyak 1,864 pesakit pula sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 64,306 berbanding julmlah keseliruhan kes 87,142. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 668 kes diikuti Jeddah 298, Dammam 290, Makkah 164, Al Jubail 62, Hufof 39. Kota suci Madinah pula merekodkan 19 kes.

Read More

Brunei kekal 141 kes, Vietnam tiada kes baharu

THAILAND melaporkan sifar jangkitan tempatan Covid-19 sepanjang tujuh hari lepas dengan hanya satu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan wanita Thai yang menjalani kuarantin 14 hari di Chonburi selepas kembali dari Rusia. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19  Thaweesilp Wissanuyothin berkata setakat ini, jumlah kes terkumpul adalah 3,082 dengan 57 kematian. Seramai 29,725 warga Thai sedang dikuarantin di fasiliti kerajaan selepas kembali dari luar negara. Setakat ini, 145 orang diuji positif Covid-19 semasa kuarantin. Daripada 3,082 kes Covid-19 di negara itu, 2,965 pesakit pulih sementara 60 masih dirawat. Tiada kematian direkodkan dalam…

Read More

Dilarang sembang dalam MRT

PENGGUNA perkhidmatan pengangkutan MRT di Jakarta, diingatkan supaya tidak bersembang dengan penumpang lain secara langsung atau secara tidak langsung menggunakan telefon bimbit, bagi menangani penularan wabak Covid-19. “Seperti yang diketahui bahawa Covid-19 umumnya dapat ditularkan melalui titisan air liur yang dihasilkan ketika orang yang dijangkiti batuk, bersin, atau berbicara,” menurut ciapan instagram pengendali MRTJakarta, PT Moda Raya Transportasi Jakarta, hari ini. Penumpang juga diingatkan kewajipan mereka memakai pelituo hidung dan mulut semasa berada di kawasan MRT. MRT Jakarta yang mula beroperasi pada 24 Mac 2019,  turut menguatkuasakan had jumlah penumpang…

Read More

10 bandar paling bahagia 2019

10 BANDAR PALING BAHAGIA 2019 MELALUI Kajian Indeks Kebahagiaan, PLANMalaysia telah mengenai pasti 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun 2019 iaitu: (i) Dua bandar terletak dalam kawasan pentadbiran PBT bertaraf Bandaraya; (ii) Enam bandar di kawasan PBT bertaraf Perbandaran; dan (iii) Dua bandar lagi di kawasan PBT bertaraf Majlis Daerah. Berikut senarai bandar berkenaan: (i) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah; (ii) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu; (iii) Majlis Bandaraya Seremban; (iv) Majlis Perbandaran Kulai; (v) Majlis Perbandaran Taiping; (vi) Majlis Perbandaran Kuantan; (vii) Majlis Perbandaran Bentong; (viii) Majlis Perbandaran Jasin;…

Read More

38 kes baharu

PUTRAJAYA : Sebanyak 38 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan 7,857 kes dan sifar kematian bagi tempoh 10 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya enam kes baharu melibatkan kalangan warganegara Malaysia sementara kes kematian kekal 115 kes. Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,338 kes, yang telah diasingkan serta diberi rawatan. Sejumlah 26 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala daripada 12 kes penularan tempatan, enam adalah kes bukan warganegara. Sejumlah 51 kes telah pulih dan dibenarkan…

Read More

SOP gunting rambut dirangka

PUTRAJAYA: Belum masanya kerajaan membenarkan operasi kedai gunting rambut walaupun kes jangkitan Covid-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang. Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut. Katanya, untuk kedai gunting, memang tidak dibenarkan sama sekali untuk gunting rambut. “Saya percaya MKN sedang sediakan SOP bersama KKM.Setakat ini belum dibentangkan, kita menunggu dari MKN untuk bentangkan SOP jika sudah siap tapi setakat ini belum lagi. Selepas itu baru…

Read More

Lagi mangsa pemandu mabuk

MABUK lagi. Semakin kerap pula. Ketika pelbagai desakan dibuat oleh pelbagai pihak untuk mengenakan hukuman berat terhadap pemandu mabuk, nahas yang berkaitan terus berlaku. Awal pagi 1 Jun 2020, seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara. Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata…

Read More

Lanjutan ‘tutup’ masjid

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan tempoh larangan bagi mengerjakan Solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid-masjid dan surau-surau dilanjutkan sehingga 30 Jun  kecuali  di 39 buah masjid yang telah dibenarkan sebelum ini dengan jumlah bilangan yang telah ditetapkan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah hari ini, baginda masih bimbang dengan risiko jangkitan jika kawalan dilonggarkan mengakibatkan nyawa rakyat di Negeri Selangor ini akan turut terancam. Bagaimanapun, semakan semula akan dibuat selepas minggu pertama bulan Jun dan jika penularan wabak Covid-19 ini didapati menurun secara konsisten, pertimbangan…

Read More