SOP gunting rambut dirangka

PUTRAJAYA: Belum masanya kerajaan membenarkan operasi kedai gunting rambut walaupun kes jangkitan Covid-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut.

Katanya, untuk kedai gunting, memang tidak dibenarkan sama sekali untuk gunting rambut.

“Saya percaya MKN sedang sediakan SOP bersama KKM.Setakat ini belum dibentangkan, kita menunggu dari MKN untuk bentangkan SOP jika sudah siap tapi setakat ini belum lagi. Selepas itu baru kita putuskan untuk benarkan buka atau tidak dan bila tarikh pun bergantung kepada SOP yang dibentangkan,” katanya.

Beliau menegaskan, gunting rambut setakat ini masih dalam senarai terlarang di mana saja, termasuk di rumah.

Ismail Sabri menjawab pertanyaan wartawan berhubung operasi kedai gunting rambut dan tindakan sesetengah pihak mengupah tukang gunting rambut ke rumah untuk menyediakan perkhidmatan itu.

Related posts

Leave a Comment