Dilarang sembang dalam MRT

PENGGUNA perkhidmatan pengangkutan MRT di Jakarta, diingatkan supaya tidak bersembang dengan penumpang lain secara langsung atau secara tidak langsung menggunakan telefon bimbit, bagi menangani penularan wabak Covid-19.

“Seperti yang diketahui bahawa Covid-19 umumnya dapat ditularkan melalui titisan air liur yang dihasilkan ketika orang yang dijangkiti batuk, bersin, atau berbicara,” menurut ciapan instagram pengendali MRTJakarta, PT Moda Raya Transportasi Jakarta, hari ini.

Penumpang juga diingatkan kewajipan mereka memakai pelituo hidung dan mulut semasa berada di kawasan MRT.

MRT Jakarta yang mula beroperasi pada 24 Mac 2019,  turut menguatkuasakan had jumlah penumpang lebih dari separuh kapasiti tren, jarakan sosial serta pemakaian pelitup muka, sejak Mac lepas.

Sementara itu menurut media tempatan, syarikat pengendali komuter PT Kereta Commuter Indonesia (KCI), juga dijangka melaksanakan arahan dan peraturan yang sama (larangan berbual di dalam komuter).

Related posts

Leave a Comment