Operasi semula kereta api Haramain September

JEDDAH : Perkhidmatan kereta api Haramain akan kembali beroperasi mulai September ini, demikian menurut kenyataan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Haramain.

Kerja-kerja sedang dilakukan bagi memenuhi permintaan tinggi dan mengangkut sebanyak mungkin penumpang antara Makkah dan Madinah.

Menurut kenyataan itu, tempoh Julai hingga Ogos akan digunakan untuk usaha meningkatkann kapasiti perjalanan sesuai dengan piawaian dunia.

Walaupun tarikh operasi dan tempahan tiket akan diumumkan kemudian tetapi kenyataan itu meyebut, e-tiket boleh dibeli mulai Ogos melalui laman web Haramain Express Train.

Pada hujung September tahun lalu, satu kebakaran berlaku di stesen Jeddah, iaitu kira-kira setahun selepas perkhidmatan itu beroperasi.

Projek kereta api laju bernilai AS$ 7.3 bilion (RM30.5 bilion) sejauh 450km itu  menghubungkan Makkah dan Madinah serta Jeddah.

Kereta api ini mengambil masa 2 jam 45 minit dari Madinah ke Makkah berbanding kira-kira lima jam jika melalui lebuh raya.

Related posts

Leave a Comment