Ingatan kepada perokok

PUTRAJAYA : Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, golongan perokok diingatkan bahawa jumlah kematian disebabkan Covid-19 adalah lebih tinggi dalam kalangan perokok berbanding bukan perokok. Itu adalah hasil penelitian dan analisa awal yang dibuat okeh Kementerian Kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejarah merokok dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang dijalankan ke atas 86 daripada jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Malaysia, didapati 19.8 peratus atau 17 orang adalah terdiri daripada golongan perokok.  Analisa juga mendapati bagi kes kematian Covid-19 yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik tetapi merokok, jumlah…

Read More

Kes 85,261, pulih 62,442

ARAB Saudi merekodkan 1,877 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara itu sebanyak 85,261.. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama, kes kematian meningkat kepada 503 apabila 23 lagi pesakit meninggal dunia. Sementara itu,3,559 pesakit sembuh menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 62,442 iaitu lebih 70 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan. Kes tertinggi hari ini dilaporkan  di Jeddah iaitu sebanyak 586 diikuti Riyadh 504, Makkah 159, Dammam 110 dan Madinah 95.

Read More

700 kes baharu di Indonesia

THAILAND melaporkan empat kes baharu Covid-19, kesemuanya melibatkan rakyat Thailand yang kembali dari luar negara dan sifar kematian sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 3,081 kes dengan 57 kematian. Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi CAovid-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata pesakit baharu itu berusia lingkungan 18 dan 37 tahun, tiba di Thailand dari Emiriyah Arab Bersatu, Turki serta Arab Saudi dan mereka sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti negeri. Sehingga kini, sejumlah 2,963 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital manakala 61 masih berada di wad. SINGAPURA…

Read More

Telur lama punca keracunan

JANGAN remehkan tarikh tamat tempoh. Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang ‘sayangkan’ barang makanan yang kelihatan elok tetapi sudah tamat tempoh. Tanpa mengambil kira risikonya, ada yang masih menggunakan bahan makanan berkenaan hanya dengan memutuskan masih ‘elok’. Memang luarannya nampak elok tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Di Kuala Tetengganu, kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru-baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh. Telur yang sudah lebih dua minggu dari tarikh luputnya. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr…

Read More

57 kes baharu tanpa kematian

  PUTRAJAYA : Jumlah kumulatif kes Covid-19 kini meningkat kepada 7,819 kes, berikutan penambahan 57 kes baharu ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada 57 kes baharu yang dilaporkan itu, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Katanya, daripada 47 kes penularan tempatan, 43 adalah kes bukan warganegara Malaysia di mana 24 kes dikesan di depoh Imigresen Sepang dan 15 di Pahang yang merangkumi tiga kluster pekerja bukan warganegara, dan satu masing-masing kes bukan warganegara dari kluster Sungai Lui yang bekerja di Klang, PATI dan satu…

Read More

Putra saran haramkan arak

HARAMKAN arak. Tutup kilang arak! Begitu saranan Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali sebagai reaksi kepada isu pemandu mabuk, langkah dan hukuman. Langkah itu baginya adalah sesuai dengan kedudukan arak yang haram di sisi Islam, Islam agama Persekutuan dan majoriti penduduk adalah orang Islam. “Adakah kerajaan PN Melayu dan Islam mempunyai political will atau keberanian politik utk melaksanakan hukum Allah ini,” katanya dalam satu kenyataan. Ibrahim mengulas beberapa kes pemandu mabuk sejak kebelakangan ini yang menyebabkan kematian orang awam di jalan raya dan terdapat desakan supaya kerajaan mengenakan hukuman yang lebih…

Read More

AS 1.76 juta kes, 367,000 maut

AMERIKA Syarikat (AS) merekodkan 1.76 juta kes positif Covid-19 dengan 103,000 kematian ketika jumlah kes dunia melebihi 6 juta manakala kematian 367,000 kes. Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, dunia merekodkan pertambahan lebih 200,000 kes sementara kematian 2,000 kes. Sebelas buah negara mencatatkan lebih 100,000 kes dengan Brazil mencatatkan 465,166 kes dan Rusia 396,575 kes. Ini diikuti United Kingdom (UK) 274,219, Sepanyol 239,228, Itali 232,664, sementara enam negara melebihi 100,000 kes iaitu Perancis 188,752, Jerman 183,189, India 181,827, Turki 163,103, Peru 155,671 dan Iran 148,950  Dua negara lagi menghampiri…

Read More