Kes 85,261, pulih 62,442

ARAB Saudi merekodkan 1,877 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara itu sebanyak 85,261..

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama, kes kematian meningkat kepada 503 apabila 23 lagi pesakit meninggal dunia.

Sementara itu,3,559 pesakit sembuh menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 62,442 iaitu lebih 70 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.

Kes tertinggi hari ini dilaporkan  di Jeddah iaitu sebanyak 586 diikuti Riyadh 504, Makkah 159, Dammam 110 dan Madinah 95.

Related posts

Leave a Comment