700 kes baharu di Indonesia

THAILAND melaporkan empat kes baharu Covid-19, kesemuanya melibatkan rakyat Thailand yang kembali dari luar negara dan sifar kematian sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 3,081 kes dengan 57 kematian.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi CAovid-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata pesakit baharu itu berusia lingkungan 18 dan 37 tahun, tiba di Thailand dari Emiriyah Arab Bersatu, Turki serta Arab Saudi dan mereka sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti negeri.

Sehingga kini, sejumlah 2,963 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital manakala 61 masih berada di wad.

SINGAPURA mengesahkan sejumlah 518 lagi jangkitan Covid-19 hari ini dengan hanya tiga daripadanya adalah dalam kalangan komuniti tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu setakat ini ialah 34,884.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), data setakat tengah hari menunjukkan kebanyakan kes baharu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama. 

Secara keseluruhan, sebanyak 20,727 pesakit atau kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan 34,366 kes yang dicatat pada Sabtu , telah pulih sepenuhnya.

Setakat tengah hari Sabtu, sejumlah 374 kes masih berada di hospital dengan tujuh ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 23 orang meninggal dunia.

BRUNEI DARUSSALAM tidak merekodkan sebarang kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes masih kekal 141 orang, manakala jumlah kes yang sembuh, seramai 138 orang.

 Ketika ini, hanya satu kes aktif masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan (National Isolation Centre – NIC) dan dalam keadaan kritikal yang memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ExtraCorporeal Membrane Oxygenation – ECMO) dan mesin pernafasan.

 Dalam tempoh 24 jam lalu pula, sebanyak 256 sampel, diuji bagi virus SARS-CoV-2, yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 menjadi 19,386 ujian.

INDONESIA terus mencatat pertambahan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 700 kes baharu menjadikan 26,473 kes, dengan kematian kini 1,613 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 40 lagi kes meninggal  dunia. Sebanyak 293 kes sembuh menjadikan 7,308

Ketika ini, seramai 12,913 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.;Sebanyak 293 kes sembuh menjadikan 7,308.

FILIPINA melaporkan 862 kes hari ini menjadikan keseluruhan kes 18,086. Kes baharu ini terbahagi kepada 16 kes terkini dan 846 kes lewat lapor.

Pada masa yang sama tujuh lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia  akibat Covid-19 sebanyak 957 kes.

Di samping itu sebanyak 101 kes dilaporkan pulih menjadikan kes sembuh 3,909

Related posts

Leave a Comment