AMERIKA Syarikat (AS) merekodkan 1.76 juta kes positif Covid-19 dengan 103,000 kematian ketika jumlah kes dunia melebihi 6 juta manakala kematian 367,000 kes.
Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, dunia merekodkan pertambahan lebih 200,000 kes sementara kematian 2,000 kes.
Sebelas buah negara mencatatkan lebih 100,000 kes dengan Brazil mencatatkan 465,166 kes dan Rusia 396,575 kes.
Ini diikuti United Kingdom (UK) 274,219, Sepanyol 239,228, Itali 232,664, sementara enam negara melebihi 100,000 kes iaitu Perancis 188,752, Jerman 183,189, India 181,827, Turki 163,103, Peru 155,671 dan Iran 148,950
Dua negara lagi menghampiri 100,000 kes iaitu Chile 94,858 dan Kanada 91,640.
Sementara itu, UK merekodkan 38,458 kematian diikuti Itali 33,340, Perancis 28,774 dan Brazil 27,878, Sepanyol 27,125.
Negara lain Belgium 9,453 kematian, Mexico 9,415, Jerman 8,530, Iran 7,734 dan Kanada 7,153
Sebanyak 2.53 juta pesakit disahkan sembuh dan didiscaj.