Kakitangan kurang jejas penerbangan

WASHINGTON: Perjalanan udara di Amerika Syarikat (AS) masih terjejas pada Ahad (2 Jan) dengan lebih 2,000 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk ataupun kekurangan kakitangan syarikat penerbangan berikutan lonjakan kes Covid-19. 

Setakat ini, 2,201 penerbangan dalam negeri atau antarabangsa yang berlepas atau mendarat di AS dibatalkan – hampir sama dengan 2,749 yang dibatalkan pada Sabtu (1 Jan).

Menurut khidmat pemantau penerbangan FlightAware, perangkaan yang dilaporkan pada tengah hari itu merupakan lebih separuh daripada 3,743 penerbangan yang dibatalkan di seluruh dunia.

Cuaca buruk menjejas perjalanan udara pada hujung minggu lalu, dengan banyak daerah di negara itu dilanda salji tebal, angin kencang ataupun banjir. 

Lapangan terbang di Chicago, hab persinggahan utama di AS, adalah yang paling terjejas pada Sabtu akibat ribut salji dan pada Ahad, lapangan terbang utama termasuk Atlanta, Denver, Detroit, Houston dan Newark, New Jersey mengalami masalah serupa. 

Related posts

Leave a Comment