1,618 kes baharu di Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,618 kes baharu menjadikan jumlah kes 83,384.

Kes kematian pula meningkat kepada 480 termasuk 22 kes baharu.

Walaupun mencatatkan kes yang tinggi, jumlah kes pulih lebih tinggi iaitu 1,870 menjadikan jumlah yang sembuh 58,883, yang menunjukkan kira-kira 70 peratus kes sembuh.

Sementara itu Riyadh terus merekodkan kes tertinggi iaitu 679 kes. diikuti Jeddah 247, Makkah 105 , Hufof 101, Dammam 84, Al-Khobar 64 dan Madinah 45.

Related posts

Leave a Comment