68.2 % dewasa ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 11 Mei – Sebanyak 3,260 individu tampil mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang mengambil dos itu meningkat kepada 16,049,816 atau 68.2 peratus daripada golongan dewasa.

Bagi kumpulan yang sama sebanyak 22,969,639 atau 97.6 peratus sudah melengkapkan vaksinasi dengan dua dos manakala 23,245,044 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Setakat semalam juga, seramai 961,597 atau 27.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,569,286 kanak-kanak atau 44.2 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,899,554 atau 93.2 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,997,051 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 28,466 dos vaksin Covid-19 diberikan melibatkan 9,672 dos pertama, 15,534 dos kedua dan 3,260 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,478,577.

Related posts

Leave a Comment