1,618 kes baharu di Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,618 kes baharu menjadikan jumlah kes 83,384. Kes kematian pula meningkat kepada 480 termasuk 22 kes baharu. Walaupun mencatatkan kes yang tinggi, jumlah kes pulih lebih tinggi iaitu 1,870 menjadikan jumlah yang sembuh 58,883, yang menunjukkan kira-kira 70 peratus kes sembuh. Sementara itu Riyadh terus merekodkan kes tertinggi iaitu 679 kes. diikuti Jeddah 247, Makkah 105 , Hufof 101, Dammam 84, Al-Khobar 64 dan Madinah 45.

Read More

Filipina catat 590 kes baharu

INDONESIA terus mencatat pertambahan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 557 kes baharu menjadikan 25,773 kes, dengan kematian kini 1,573 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 53 lagi kes meninggal  dunia. Ketika ini, seramai 12,832 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 516 kes, diikuti Jawa Timur (372 kes), Jawa Barat (144) dan selebihnya di wilayah lain. FILIPINA hari ini merekodkan 590 kes menjadikan jumlah keseluruhan 17,224 kes, demikian lapor Jabatan Kesihatan hari…

Read More

Al-Aqsa dibuka 8 Syawal

MASJID Al-Aqsa yang ditutup selama lebih dua bulan mulai 15 Mac lalu akibat wabak Covid-19 akan dibuka semula pada hari Ahad ini. Beberapa media melaporkan pembukaan semula masjid itu berikutan penurunan kes serta persediaan yang diambil oleh pihak berkuasa. Beberapa langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak akan dibuat apabila masjid itu dibuka semula untuk solat Subuh. Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Palestin bagi memasuki masjid. Pengawal keselamatan juga diarah untuk mengambil pelbagai langkah termasuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk Kompleks Al-Aqsa.

Read More

29 Mei dan Hari Wartawan

HARI ini saya menyelak media mengenai sama ada terdapat ucapan terutama pemimpin pelbagai peringkat berkaitan Hari Wartawan Nasional (Hawana). Biasanya sempena hari-hari seumpama itu, akan ada mesej oleh pelbagai pihak sama ada sebagai penghargaan atau peringatan. Semalam melalui facebook, sebagai bekas wartawan, saya ragu-ragu untuk meraikan Hawana. Saya tidak pasti sama ada pengiktirafan itu masih terpakai atau sah. Kadang-kadang disebabkan politik, sesuatu itu boleh berubah mengikut kehendak sesebuah kerajaan atau pemerintah. Hawana diiktiraf oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018 (sebelum Pilihan Raya Umum ke-14). Mungkin disebabkan kesibukan peralihan kerajaan…

Read More

Masjid Nabawi dibuka Ahad

RIYADH: Arab Saudi pada Jumaat memutuskan untuk membuka semula Masjid Nabawi di Madinah kepada orang ramai secara berperingkat, bermula esok Ahad, 31 Mei bersamaan 8 Syawal. Jemaah akan dibenarkan memasuki masjid mulai Subuh dengan langkah berjaga jaga termasuk mengehadkan bilangan jemaah – hingga 40 peratus yang mampu ditampung masjid –  pada satu-satu masa. Menteri bagi Ehwal Agama Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh mengumumkan semalam bahawa semua masjid kerajaan itu kini bersedia menyambut jemaah selepas beliau pergi meninjau persiapan yang diperlukan. “Sepanjang pemeriksaan yang telah dilakukan, kami mendapati masjid sudah pun selesai…

Read More

Kes jangkitan hampiri 6 juta

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri 6 juta manakala kematian pula mencecah 364,000 kes. Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 120,000 kes dan 5,000 kematian. Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan jumlah kumulatif kes 1.71 juta dan kematian 102,709. Kes jangkitan kedua tertinggi dicatatkan di Brazil dengan 465,166 diikuti Rusia 387,623, United Kingdom (UK) 272,607, Sepanyol 238,564 dan Itali 232,248. Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, 186,923, Jerman 182,922, India 173,491, Turki 162,120, Iran 146,668 dan Peru  141,779. Sementara itu,…

Read More