KES positif Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 25,216 kes dengan jumlah kematian 1,520 orang. Dalam tempoh 24 jam sejak 12 tengah hari semalam, sebanyak 678 tambahan kes positif baharu, manakala 24 lagi kematian dilaporkan. Ketika ini seramai 12,499 pesakit masih dalam pemantauan. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes tetapi telah mencatatkan kematian sifar sejak beberapa hari lepas. SINGAPURA dalam laporan awalnya mengesahkan 611 kes baharu dengan hanya tiga kes melibatkan rakyat Singapura atau pemastautin tetap, menjadikan jumlah mereka yang terkena jangkitan kepada 33,860. Kementerian Kesihatan Singapura…
Read MoreDay: May 29, 2020
Penurunan kes di Saudi
ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila jumlah yang direkodkan hari ini adalah 1,581 lebih rendah berbanding hari-hari sebelumnya. Jumlah keseluruhan kes kini 81,766 sementara kes pulih dalam tempoh 24 jam lalu adalah 2,460 menjadikan 57,013. Sebanyak 17 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 458 sementara kes aktif 24,295. Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 483 kes diikuti Jeddah 251, Makkah 189, Dammam 124 dan Hufof 107.
Read More103 kes baharu
PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 7,732 kes berikutan 103 kes baharu yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 103 kes baharu, tujuh kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. “Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia di mana 53 kes dikesan daripada Kluster Pedas dan 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersihan. “Oleh itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warnanegara Malaysia adalah 12 kes sahaja,” katanya. Tiada kes kematian dalam tempoh yang sama…
Read More29 Mei Hari Wartawan Nasional
SAYA bukan lagi wartawan. Maka saya tidak pasti adakah hari ini ada sambutan Hari Wartawan Nasional. Cuma yang saya masih ingat pada 11 April 2018, berlangsung Wacana Hari Wartawan di MATRADE. Wacana dihadiri oleh penggiat media yang mewakili pelbagai media cetak dan elektronik. Hasil wacana itu, termeterai satu deklarasi, antaranya meraikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Pada sebelah petang, dalam Majlis Pelancaran Hari Wartawan Nasional, Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata : Kerajaan telah menerima cadangan proklamasi supaya Hari Wartawan Nasional disambut pada 29 Mei setiap tahun sempena penerbitan…
Read MorePuasa Enam bulan Syawal
Catatan 29 Mei
UTUSAN MELAYU DALAM KENANGAN (D’UTUSAN selak-selak.com) IMBASAN : Tahun 2019, ketika menyambut ulang tahun ke-80, Utusan Melayu masih ada walaupun yang tinggal hanyalah nama syarikat. Hari ini 81 tahun Utusan Melayu (kelahiran akhbar jawi) syarikat pun sudah gulung tikar. Setakat ini tiada apa lagi nak cerita, kecuali berkongsi semula catatan tahun lepas semasa saya di Madinah. Meraikan 80 Tahun ‘Utusan Melayu’ yang sudah tiada Selamat ulang tahun yang ke-80. Pada hari ini, Isnin 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu, terbitan Utusan Melayu Press Limited yang ditubuhkan pada 18 Jun…
Read More5.76 juta kes positif Covid-19
KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.76 juta manakala lebih 358,000 pula meninggal dunia, demikian menurut data Johns Hopkins University. Dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 110,000 kes sementara kematian pula menyaksikan peningkatan 5,000 kes. Amerika Syarikat (AS) masih merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1.71 juta kes dengan kematian 101,470 kes. Sementara itu Brazil mencatatkan 411,821 kes diikuti Rusia 379,051, United Kingdom (UK) 270,507, Sepanyol 237,906, dan Itali 231,732. Enam negara lagi merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Perancis 186,364, Jerman 182,196, India 165,386, Turki 160,979, Iran 143,849 dan Peru 135,905 kes. Di…
Read More