Indonesia catat 415 kes

INDONESIA merekodkan 415 kes positif dengan 27 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 23,165 dan 1,418 kematian. Ketika ini seramai 12,022 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini, iaitu 501 kes, diikuti Jawa Timur 301 dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA merekodkan 383 kes baharu setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu 32,343 kes dengan 15,738 pesakit pulih setakat ini. Semalam Singapura mengklasifikasikan 1,668 sebagai kes komuniti, 580 kes import manakala 29,712 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Setakat semalam,…

Read More

Saudi catat 1,931 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 1,931 kes baharu coronavirus Covid-19 dengan 12 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 76,726 dan 411 kematian. Kementerian Kesihatan menyatakan jumlah itu menunjukkan penurunan kes harian berbanding hari-hari sebelumnya terutama pada 16 Mei sebanyak 2,840 kes. Sebanyak 2,782 kes pulih menjadikan jumlah kes pulih 48,450. Jumlah ini melebihi daripada separuh kes positif yang direkodkan. Merujuk kes baharu, sebanyak 25 peratus melibatkan kaum wanita manakala 45 peratusnyang terlibat adalah warga tempatan Arab Saudi. Mengenai lokasi jangkitan, Makkah dan Madinah menunjukkan penurunan sementara Riyadh mendahului dengan 789 kes diikuti Jeddah…

Read More

Uniform kru Qatar Airways

QATAR Airways memperkenalkan pakaian perlindungan ‘hazardous material’ atau hazmat sebagai uniform baharu bagi semua anak kapalnya susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Syarikat penerbangan itu turut mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bersesuaian dengan keadaan wabak, termasuk penumpang diwajibka memakai pelitup muka. Perubahan tersebut antara sebahagian daripada langkah pencegahan yang diambil pihak Qatar Airways bermula 25 Mei lalu bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan penumpangnya. Media melaporkan sebagai contoh, penumpang kelas perniagaan, Qsuite dihidang makanan mereka di atas dulang tanpa ada meja disediakan, selain makanan itu disaji secara…

Read More

187 kes jangkitan baharu

PUTRAJAYA : Sebanyak 187 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan tiga pemastautin tetap atau pasangan kepada warganegara Malaysia, manakala 177 kes, penularan tempatan. Sebanyak 173 daripada 177 kes penularan tempatan, adalah bukan warganegara di mana 155 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras. Kes penularan…

Read More

Pulanglah sebelum hilang kerja

PUTRAJAYA: Daripada hilang kerja, adalah lebih baik mereka terutama kakitangan awam yang meloloskan diri merentas negeri untuk balik ke kampung menyambut Aidilfitri kembali segera melaporkan diri bekrja di pejabat. Tanggunglah risiko untuk dikompaun atau apa juga tindakan berbanding kebarangkalian kehilangan  mata pencarian sebagai penjawat awam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, jika sebelum ini mereka berani melanggar arahan dengan pulang ke kampung, maka mereka juga perlu berani menanggung akibatnya. “ Kepada mereka, saya nasihatkan baliklah, jangan tidak balik kerana hari ini, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) telah mengeluarkan…

Read More

Ubat Malaria digantung

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung sementara waktu penggunaan hydroxychloroquine sebagai rawatan Covid-19 dalam kajian yang dilakukannya di peringkat global. Menurut badan itu, pakar WHO akan meneliti semua data yang diperoleh daripada penggunaan ubat malaria tersebut sehingga kini. Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di Geneva pada Isnin. Katanya, memetik laporan journal perubatan Lancet yang diterbitkan pada Jumaat, pesakit yang diberikan hydroxychloroquine berdepan risiko kematian atau masalah jantung. Kumpulan eksekutif percubaan Solidarity, mewakili 10 negara yang mengambil bahagian, mengadakan perbincangan pada Sabtu dan…

Read More

Ziarah umrah masih digantung

RIYADH: Sekatan pergerakan di Arab Saudi yang menghentikan sebahagian besar aktiviti di negara itu akibat wabak koronavirus akan dilonggarkan mulai 31 Mei ini. Menurut media di Arab Saudi, pergerakan di bandar-bandar dan wilayah-wilayah negara itu akan dibenarkan kecuali di Makkah. Langkah itu memberi ruang kepada pelbagai aktiviti  termasuk penerbangan domestik, pembukaan masjid, restoran dan kafe. Kelonggaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Mei hingga 30 Mei dan fasa kedua mulai 31 Mei hingga 20 Jun. Untuk fasa pertama, semua pergerakan kenderaan persendirian dibenarkan antara wilayah kecuali Makkah mulai 6 pagi…

Read More

AS terus catat kes tertinggi

AMERIKA Syarikat (AS) merekodkan 532 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes 98,218 korban sehingga 10 pagi ini,, waktu Malaysia. Menurut data dari Johns Hopkins University AS juga merekodkan 1,662,375 kes jangkitan positif iaitu jumlah tertinggi di dunia. Sementara itu, data itu menunjukkan dalam tempoh 24 jam, kes positif di seluruh dunia bertambah 100,000 kes menjadikan melebihi 5.47 juta manakala kematian meningkat 1,000 kes menjadikan 344,731 kes. Bagaimanapun setakat 10 pagi ini, angka itu terus meningkat di mana jumlah kes positif kini 5.49 juta dan…

Read More