Uniform kru Qatar Airways

QATAR Airways memperkenalkan pakaian perlindungan ‘hazardous material’ atau hazmat sebagai uniform baharu bagi semua anak kapalnya susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Syarikat penerbangan itu turut mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bersesuaian dengan keadaan wabak, termasuk penumpang diwajibka memakai pelitup muka.

Perubahan tersebut antara sebahagian daripada langkah pencegahan yang diambil pihak Qatar Airways bermula 25 Mei lalu bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan penumpangnya.

Media melaporkan sebagai contoh, penumpang kelas perniagaan, Qsuite dihidang makanan mereka di atas dulang tanpa ada meja disediakan, selain makanan itu disaji secara bungkusan.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kontak dengan anak kapal malah penumpang kelas itu boleh jaga privasi mereka dengan tutup pintu jika mahu mengehadkan interaksi bersama kru pesawat.

Bagaimanapun bagi perkhidmatan ekonomi, Qatar Airways yang ketika ini memiliki sejumlah 242 buah pesawat berkata bahawa semua makanan di kelas tersebut disajikan seperti kelaziman.

Bahkan syarikat ditubuhkan sejak 1993 itu memberi jaminan semua perkakas dan peralatan makan dibasuh dengan bahan pencuci serta dinyah kuman pada suhu yang bunuh bakteria patogen.

Ia turut menyarankan penumpang untuk mengikuti amalan kebersihan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seperti kerap cuci tangan dan tidak sentuh wajah sendiri.

Anak kapalnya juga telah menerima siri latihan khas untuk meminimumkan risiko daripada cuba dijangkiti atau mereka menyebarkan wabak berbahaya itu sepanjang tempoh penerbangan.

Related posts

Leave a Comment