Indonesia catat 415 kes

INDONESIA merekodkan 415 kes positif dengan 27 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 23,165 dan 1,418 kematian.

Ketika ini seramai 12,022 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini, iaitu 501 kes, diikuti Jawa Timur 301 dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA merekodkan 383 kes baharu setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu 32,343 kes dengan 15,738 pesakit pulih setakat ini.

Semalam Singapura mengklasifikasikan 1,668 sebagai kes komuniti, 580 kes import manakala 29,712 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Setakat semalam, 607 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan lapan daripadanya dalam keadaan kritikal, sementara 23 telah meninggal dunia.

BRUNEI DARUSSALAM terus kekal dengan 141 kes apabila tiada kes baharu yang dilaporkan. Kematian juga kekal seorang.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan memberitahu setakat ini tiga masih dirawat, dua dalam keadaan kritikal manakala 137 sembuh.

FILIPINA merekodkan 350 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 14,669 sementara kematian meningkat kepada 886 termasuk 13 kes baharu.

Sebanyak 86 kes pulih menjadikan 3,142 kes pulih sepenuhnya sementara 10,371 kes masih aktif.

THAILAND buat kali keempat bulan ini melaporkan sifar kes baharu positif dan kematian berkaitan Covid-19 menjadikan angka kumulatif kekal pada 3,040 kes positif dan 56 kematian.

Setakat ini 63 kes masih dirawat di hospital dengan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dan dibenarkan pulang ialah seramai 2,921 orang. 

Thailand merupakan negara pertama melaporkan kes COVID-19 di luar China.

Related posts

Leave a Comment