Saudi catat 1,931 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 1,931 kes baharu coronavirus Covid-19 dengan 12 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 76,726 dan 411 kematian.

Kementerian Kesihatan menyatakan jumlah itu menunjukkan penurunan kes harian berbanding hari-hari sebelumnya terutama pada 16 Mei sebanyak 2,840 kes.

Sebanyak 2,782 kes pulih menjadikan jumlah kes pulih 48,450. Jumlah ini melebihi daripada separuh kes positif yang direkodkan.

Merujuk kes baharu, sebanyak 25 peratus melibatkan kaum wanita manakala 45 peratusnyang terlibat adalah warga tempatan Arab Saudi.

Mengenai lokasi jangkitan, Makkah dan Madinah menunjukkan penurunan sementara Riyadh mendahului dengan 789 kes diikuti Jeddah 327, Hufof 166, Dammam 143 dan Makkah 120. Madinah merekodkan 12 kes.

Related posts

Leave a Comment