AS terus catat kes tertinggi

AMERIKA Syarikat (AS) merekodkan 532 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes 98,218 korban sehingga 10 pagi ini,, waktu Malaysia.

Menurut data dari Johns Hopkins University AS juga merekodkan 1,662,375 kes jangkitan positif iaitu jumlah tertinggi di dunia.

Sementara itu, data itu menunjukkan dalam tempoh 24 jam, kes positif di seluruh dunia bertambah 100,000 kes menjadikan melebihi 5.47 juta manakala kematian meningkat 1,000 kes menjadikan 344,731 kes.

Bagaimanapun setakat 10 pagi ini, angka itu terus meningkat di mana jumlah kes positif kini 5.49 juta dan kematian lebih 346,000.

Selain AS, lima negara turut mencatatkan kes positif melebihi 200,000 iaitu Brazil 374,898, Rusia 353,427, United Kingdom 262,547, Sepanyol 235,400 dan Itali 230,158.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis 183,067,
Jerman 180,600, Turki 157,814, India 144,950, Iran 137,724 dan Peru 123,979. Ini diikuti Kanada yang merekodkan 87,119 kes dan China 84,102.

Sementara itu bagi kes kematian, di belakang AS adalah United Kingdom yang merekodkan 36,996 dan Itali 32,877 diikuti Perancis 28,460 dan Sepanyol 26,834.

Dunia juga terus menyaksikan perkembangan positif berdasarkan kepada bilangan pesakit yang telah pulih iaitu lebih 2.19 juta.

Related posts

Leave a Comment