Kes di Arab Saudi 52,016

ARAB Saudi mencatatkan 2,840 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 52,016. Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,797 kes telah pulih menjadikan jumlah sembuh 23,666. Bagaimanapun, kes kematian pula meningkat kepada 302 berikutan 10 lagi kematian dilaporkan. Sementara itu Riyadh mencatatkan kes tertinggi iaitu 839 diikuti Jeddah (450), Makkah (366), Madinah (290) dan Dammam (180).

Read More

Tiada kes baharu di Thailand

SINGAPURA mengesahkan 465 kes positif baharu Covid-19 dengan majoriti besar melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 27,356 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), data awal sehingga tengah hari, hari ini menunjukkan hanya empat kes melibatkan warganegara Singapura atau penduduk tetap. Singapura sehingga kini mengklasifikasikan 1,327 sebagai kes komuniti, 580 kes import, 435 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 24,549 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja. Sejumlah 7,248 kes pulih manakala 1,124 kes yang…

Read More

17 kes baharu 1 kematian

PUTRAJAYA : Satu lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di negara ini pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 113 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian terbaharu melibatkan kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan yang bertugas di Sabah. Mangsa disahkan positif dan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 pada pukul 1.30 petang. Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah paru-paru peringkat akhir dan darah tinggi. Beliau merupakan kakitangan perubatan di KKM…

Read More

Jaga adab, hormati guru

IMBAS KEMBALI KHUTBAH JUMAAT 21 FEBRUARI 2020 KHUTBAH hari ini memperkatakan mengenai guru, Insan yang mendidik manusia menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Melalui khutbah bertajuk Guru dihormati , ilmu diberkati itu, khatib mengajak jemaah supaya menjaga adab semasa bersama guru. Kita perlu menghormati orang yang pernah mendidik kita. Daripada merekalah, kita belajar membaca, menulis dan mengira sehingga menjadi insan berguna. Banyak kisah para ulama silam yang menghormati guru mereka boleh dijadikan pengajaran.Contohnya kisah bagaimana Imam Syafie menghormati dan menghargai seseorang yang pernah mengajarnya walaupun ilmu yang…

Read More

Jangkitan, kematian meningkat

DALAM tempoh 24 jam lepas, dunia merekodkan 4.51 juta kes positif Covid-19, pertambahan 100,000 kes dan 306,000 kematian, iaitu pertambahan 5,000 kes. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) setakat ini mendahului kes tertinggi iaitu 1.44 juta manakala kematian 87,427. Lima negara yang mempunyai kes jangkitan melebihi 200,000 adalah Rusia 262,843, United Kingdom 238,004, Sepanyol 230,183 dan Itali 223,885 dan Brazil 218,223 Manakala, negara yang mempunyai kes jangkitan melepasi 100,000 adalah Perancis 179,630, Jerman 175,233, Turki 146,457 dan Iran 116,635. Tiga negara lain mempunyai kes positif di bawah 86,000 iaitu india…

Read More

Singapura tangguh haji 900 jemaah ke tahun depan

MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) menangguhkan ibadah haji jemaah Republik itu tahun ini ke tahun hadapan atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan jemaah berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih menular di seluruh dunia. Menurut Facebook MUIS penangguhan itu yang melibatkan 900 jemaah adalah bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 lebih-lebih lagi lebih 80 peratus bakal jemaah itu berusia lebih 50 tahun. Mengikut pakar kesihatan, golongan pada usia ini lebih berisiko dijangkiti ketika mengerjakan ibadah haji yang melibatkan perhimpunan ramai. Sementara itu Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, pihaknya prihatin tentang risiko…

Read More

Selamat Hari Guru cikgu !

ASSALAMUALAIKUM cikgu! Selamat pagi cikgu! Selak-Selak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bertanggungjawab mendidik sama ada bergelar Guru, Cikgu, Teachers, Ustaz, Ustazah, Murab­bi atau apa sahaja yang mendidik di seluruh negara. Terima kasih terutama guru-guru yang pernah mengajar saya. Juga kepada sanak saudara dan rakan-rakan sekolah yang kita pernah bersama berguru, sama-sama dirotan, didenda berdiri atas kerusi meja, didenda keliling padang dan macam-macam lagi yang jika dilakukan sekarang mungkin akan diheret ke mahkamah. Tahniah kepada sahabat semasa di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan Sekolah Menengah Kubang Semang yang menjadi cikgu.…

Read More