Jangkitan, kematian meningkat

DALAM tempoh 24 jam lepas, dunia merekodkan 4.51 juta kes positif Covid-19, pertambahan 100,000 kes dan 306,000 kematian, iaitu pertambahan 5,000 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) setakat ini mendahului kes tertinggi iaitu 1.44 juta manakala kematian 87,427.

Lima negara yang mempunyai kes jangkitan melebihi 200,000 adalah Rusia 262,843, United Kingdom 238,004, Sepanyol 230,183 dan Itali 223,885 dan Brazil 218,223

Manakala, negara yang mempunyai kes jangkitan melepasi 100,000 adalah Perancis 179,630, Jerman 175,233, Turki 146,457 dan Iran 116,635.

Tiga negara lain mempunyai kes positif di bawah 86,000 iaitu india 85,784, Peru 84,495 dan China 84,031 sementara Kanada 75,703 dan Belgium 54,644.

Sementara itu kes kematian kedua tertinggi adalah di United Kingdom iaitu 34,078 diikuti Itali 27,532, Perancis 27,459, Sepanyol 14,817 dan Brazil 8,959.

Jumlah pesakit yang sembuh di seluruh dunia pula meningkat kepada 1.57 juta.

Setakat ini, 188 buah negara merekodkan kes pandemik Covid-19.

Related posts

Leave a Comment