Kes di Arab Saudi 52,016

ARAB Saudi mencatatkan 2,840 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 52,016.

Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,797 kes telah pulih menjadikan jumlah sembuh 23,666.

Bagaimanapun, kes kematian pula meningkat kepada 302 berikutan 10 lagi kematian dilaporkan.

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes tertinggi iaitu 839 diikuti Jeddah (450), Makkah (366), Madinah (290) dan Dammam (180).

Related posts

Leave a Comment