Kes Indonesia cecah 16,000

KES positif Covid-19 di INDONESIA kini melepasi angka 16,000, dengan kes  kematian meningkat kepada 1,043 orang. Sebanyak 568 lagi kes positif baharu virus itu direkodkan bagi tempoh 24 jam, menjadikan jumlah yang dijangkiti kini 16,006 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 15 lagi kematian dicatatkan. Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 452 kes, diikuti Jawa Timur (167 kes), Jawa Barat (99) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. Kementerian Kesihatan SINGAPURA mengesahkan 752 kes…

Read More

Saudi catat 2,039 kes baharu

ARAB Saudi sekali lagi merekodkan kes harian yang tinggi apabila 2,039 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24;jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 46,869. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian meningkat kepada 283 berikutan 10 lagi kes dilaporkan dalam tempoh yang sama. Di samping itu, jumlah kes pulih pula sebanyak 1,429 menjadikan 19,051 kes sembuh. Jurucakap kementerian, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali memberitahu terdapat penigkatan 125 peratus bagi kes melibatkan kanak-kanak dan kenaikan 100 peratus dalam kalangan wanita. Belia berkata kenaikan itu dipengaruhi oleh perjumpaan sosial dan kegagalan mematuhi langkah-langkah pencegahan. Katanya, aktiviti…

Read More

Panduan solat berjemaah di masjid dan surau di WP

SEMUA masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih yang terletak di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pelaksanaaan itu, bagaimanapun, perlu diikuti dengan bilangan jemaah tidak kurang dari tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih dari 30 orang. Katanya, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat…

Read More

40 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 mencatat 40 kes baharu, mengekalkan angka antara yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac. Satu kematian juga dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes import dilaporkan.          Oleh itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,819 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,356 kes. Sehingga kini, 16 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah…

Read More

Mask sekeping RM1.50

PUTRAJAYA : Berapa harga sekeping penutup hidung dan mulut? Jika ikut ketetapan , kerajaan sebelum ini mengumumkan harga siling bagi penutup hidung dan mulut dengan harga RM1.50 sekeping. Maknanya jika jual lebih boleh dikenakan tindakan. Itu ingatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Ini berikutan terdapat laporan yang menyatakan ada pusat beli-belah di Kelantan yang mengenakan bayaran sebanyak RM10 bagi lima keping penutup hidung dan mulut selain melarang pelanggan memasuki premis jualan sekiranya tidak membeli kemudahan terbabit. “Kalau mereka jual lebih daripada harga siling maka kedai itu telah melakukan kesalahan…

Read More

Surau lama gamit kenangan

SAMBIL selak-selak gambar lama terjumpa beberapa foto ini. Ia berkaitan Surau Al-Huda Utusan Melayu. Saya tak pasti di sebalik nama pemilihan Al-Huda kerana celik-celik  mata saja di Utusan Melayu, surau tu dah ada bersebelahan kilang di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin. Suatu masa dulu tahun 80an, mula-mula saya jadi pemberita kadet, surau tu adalah bangunan kayu. Surau yang berdindingkan papan dengan dua (kalau tak silap) anak tangga batu. Berbunyi surau tu bila ramai-ramai turun sujud. Tempat wuduk dan tandas kena naik surau dahulu dan turun semula di pintu…

Read More

Sukar ramal bila berakhir, mungkin tidak terhapus

GENEVA: Ketika banyak negara mula membuka semula ekonomi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tiada jaminan tindakan itu tidak mencetuskan gelombang baharu jangkitan.. Malahan Pengarah Kecemasan WHO, Dr. Mike Ryan berkata, sukar untuk meramalkan bilakah wabak itu akan berakhir dan mungkin juga  tidak akan terhapus sama sekali, sama seperti berlaku terhadap HIV. Katanya, adalah penting untuk bersikap realistik dan tidak ada yang dapat meramalkan bila penyakit ini akan hilang. “Saya rasa tidak ada janji dalam hal ini dan tidak ada tarikh. Penyakit ini boleh kekal untuk tempoh lama, atau mungkin…

Read More

Rusia catat peningkatan kes

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada lebih 295,000 dengan pertambahan 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. Dalam tempoh yang sama jumlah kes melepasi 4.32 juta dengan pertambahan 90,000 kes positif di 188 buah negara. Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000 kematian di mana Amerika Syarikat (AS) merekodkan kematian tertinggi dengan melepasi 83,000 kes. AS juga satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.38 juta. Ini diikuti United Kingdom (UK) dan Itali dengan masing-masing mencatatkan 32,000 dan 31,000 kematian…

Read More