Rusia catat peningkatan kes

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada lebih 295,000 dengan pertambahan 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Dalam tempoh yang sama jumlah kes melepasi 4.32 juta dengan pertambahan 90,000 kes positif di 188 buah negara.

Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000 kematian di mana Amerika Syarikat (AS) merekodkan kematian tertinggi dengan melepasi 83,000 kes.

AS juga satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.38 juta.

Ini diikuti United Kingdom (UK) dan Itali dengan masing-masing mencatatkan 32,000 dan 31,000 kematian sementara Perancis dan Sepanyol masing-masing merekodkan 27,000 dan 26,000 kes.

Sementara itu, empat negara kini mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Rusia merekodkan angka jangkitan baharu yang tinggi iaitu 242,000 sekali gus melepasi UK dan Sepanyol untuk berada di belakang AS.

Lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Brazil, Jerman, Perancis, Turki dan Iran.

Jumlah pesakit yang sembuh di seluruh dunia pula meningkat kepada 1.52 juta kes.

Related posts

Leave a Comment