Mask sekeping RM1.50

PUTRAJAYA : Berapa harga sekeping penutup hidung dan mulut? Jika ikut ketetapan , kerajaan sebelum ini mengumumkan harga siling bagi penutup hidung dan mulut dengan harga RM1.50 sekeping. Maknanya jika jual lebih boleh dikenakan tindakan. Itu ingatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Ini berikutan terdapat laporan yang menyatakan ada pusat beli-belah di Kelantan yang mengenakan bayaran sebanyak RM10 bagi lima keping penutup hidung dan mulut selain melarang pelanggan memasuki premis jualan sekiranya tidak membeli kemudahan terbabit.

“Kalau mereka jual lebih daripada harga siling maka kedai itu telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Jadi mereka boleh diambil tindakan oleh KPDNHEP. Jadi saya harap KPDNHEP ambil maklum tentang perkara ini agar tindakan segera boleh diambil,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Related posts

Leave a Comment