Sukar ramal bila berakhir, mungkin tidak terhapus

GENEVA: Ketika banyak negara mula membuka semula ekonomi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tiada jaminan tindakan itu tidak mencetuskan gelombang baharu jangkitan..

Malahan Pengarah Kecemasan WHO, Dr. Mike Ryan berkata, sukar untuk meramalkan bilakah wabak itu akan berakhir dan mungkin juga  tidak akan terhapus sama sekali, sama seperti berlaku terhadap HIV.

Katanya, adalah penting untuk bersikap realistik dan tidak ada yang dapat meramalkan bila penyakit ini akan hilang.

“Saya rasa tidak ada janji dalam hal ini dan tidak ada tarikh. Penyakit ini boleh kekal untuk tempoh lama, atau mungkin tidak,” katanya menjawab soalan wartawan semasa taklimat dalam talian tengah malam tadi.

Beliau berkata virus ini mungkin menjadi virus endemik lain dalam masyarakat dan mungkin tidak akan pernah hilang.

“Saya rasa tidak ada janji dalam hal ini dan tidak ada tarikh. Penyakit ini boleh kekal untuk tempoh lama, atau mungkin tidak,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyatakan dunia memiliki beberapa pendekatan dalam mengatasi penyakit ini, walaupun ini memerlukan “usaha besar-besaran” sekalipun vaksin dijumpai – prospek yang digambarkannya sebagai “sukar dijangkakan”.

Lebih dari 100 vaksin berpotensi sedang dibangunkan, termasuk beberapa dalam ujian klinikal, tetapi pakar telah menekankan kesulitan mencari vaksin yang berkesan terhadap koronavirus.

Dr. Ryan menyatakan bahawa ada vaksin untuk penyakit lain, seperti campak, yang belum dapat dihilangkan.

Beliau menegaskan  “kawalan yang sangat signifikan” terhadap virus diperlukan untuk menurunkan penilaian risiko, yang menurutnya tetap tinggi pada “tingkat nasional, serantau dan global”.

Katanya, langkah membuka sempadan darat kurang berisiko daripada meringankan perjalanan udara, yang merupakan “cabaran yang berbeza”.

Sementara itu, beliau turut bimbang mengenai serangan ke atas sebuah hospital di Afghanistan kerana ia bukan sahaja melibatkan kemudahan penjagaan kesihatan yang berkaitan Covid-19, tetapi wujud keadaan tidak aman di sekitar kemudahan ini.

Related posts

Leave a Comment