Saudi catat 2,039 kes baharu

ARAB Saudi sekali lagi merekodkan kes harian yang tinggi apabila 2,039 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24;jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 46,869.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian meningkat kepada 283 berikutan 10 lagi kes dilaporkan dalam tempoh yang sama.

Di samping itu, jumlah kes pulih pula sebanyak 1,429 menjadikan 19,051 kes sembuh.

Jurucakap kementerian, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali memberitahu terdapat penigkatan 125 peratus bagi kes melibatkan kanak-kanak dan kenaikan 100 peratus dalam kalangan wanita.

Belia berkata kenaikan itu dipengaruhi oleh perjumpaan sosial dan kegagalan mematuhi langkah-langkah pencegahan.

Katanya, aktiviti sosial dan majlis keraian atau perhimpunan berbahaya dan memberi kesan negatif kepada sekumpulan  individu.

Sebanyak 41 peratus daripada kes baharu itu melibatkan rakyat tempatan.

Sementara itu, lebih 400 kes baharu direkodkan di Jeddah (482) dan Riyadh 478 sementara Makkah ,dan Madinah masing-masing 356 dan 247 kes.

Related posts

Leave a Comment