Singapura catat 20,198 kes

SINGAPURA mengesahkan 788 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes 20,198. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan berkata majoriti kes baharu itu adalah daripada pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya 11 kes melibatkan rakyat atau pemastautin tetap republik itu. Dalam data terperinci yang dikeluarkan lewat Selasa, Singapura setakat ini mengklasifikasikan 1,241 kes sebagai kes komuniti, 579 sebagai kes dari luar dan 592 kes melibatkan pemegang pas kerja yang tidak tinggal di asrama. Kementerian itu berkata 16,289 kes yang mempunyai simptom ringan tetapi masih positif…

Read More

1,687 kes baharu Saudi

ARAB Saudi mencatatkan 1,687 kes baharu Covid-19 menjadikan  jumlah kes 31,938 sementara jumlah kematian meningkat kepada 209 kes berikutan sembilan lagi pesakit meninggal dunia. Pada masa yang sama, sebanyak 1,352 kes sembuh menjadikan kes pulih 6,783. Jeddah mencatatkan kes tertinggi iaitu 312 diikuti Makkah 308 , Madinah 292, Taif 163 dan Riyadh 149 .,

Read More

Jangan leka kes turun

ORANG ramai diingatkan supaya tidak alpa dan terlalu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penurunan kes positif Covid-19 yang sedang berlaku. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya Covid-19 sebagai risiko rendah kerana kes boleh berubah mengikut hari demi hari. Masyarakat sebaliknya diingatkan untuk terus mengekalkan segala usaha selama ini dalam memerangi virus ini bersama Kerajaan. Rakyat perlu  saling menjaga dan melindungi diri dari virus Covid-19 dengan mematuhi PKPB, mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan,…

Read More

143,516 boleh ‘bergerak’

SEBANYAK 503,276 permohonan pergerakan antara negeri diterima, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed. Daripada jumlah itu, sebanyak 143,516 permohonan telah diluluskan manakala balai polis di seluruh negara menerima 13,069 borang manual pergerakan antara negeri sehingga semalam. Orang ramai diminta mengemas kini butir-butir alamat asal dan alamat destinasi pada aplikasi berkenaan pada 4, 5 dan 6 Mei dengan segera. “Ini merupakan langkah terakhir sebelum pelaksanaan pergerakan antara negeri yang akan bermula pada 7 Mei sehingga 10 Mei ini,” katanya. Huzir juga meminta orang ramai mengemas kini aplikasi Gerak Malaysia ke…

Read More

45 kes baharu, 135 pulih

PUTRAJAYA : Sebanyak 45 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 6,428 kes manakala kematian 107 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 44 daripada kes baharu itu melibatkan kes jangkitan tempatan dan satu kes import. Katanya 135 kes pulih sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,619 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Kes kematian ke-107 (kes ke-2380) pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan…

Read More

Mahkamah tentukan hukuman

MAHKAMAH bebas membuat keputusan berkaitan hukuman atau denda terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Katanya, tiada campur tangan kerajaan dalam penentuan hukuman sebaliknya bergantung kepada budi bicara badan kehakiman berdasarkan fakta-fakta kes. “(Perbezaan denda di bawah Akta 342) mungkin kerana fakta kes yang berbeza, dan itu yang menyebabkan hakim memutuskan sedemikian,” katanya dalam sidang media harian. Beliau mengulas reaksi segelintir pihak susulan perbezaan bayaran denda terhadap pesalah yang ingkar PKP di mana terdapat pesalah yang dikenakan hukuman…

Read More

Kuliah Ramadan PKP meriah dengan pelbagai pilihan

“RASA hiba teramat sangat apabila dapat masuk masjid,” begitu kata-kata Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim semasa kuliah dhuha dalam talian hari ini. Setelah lebih sebulan masjid dan surau ditutup, beliau dipanggil imam masjid berhampiran rumahnya, bukannya untuk kuliah tetapi atas satu urusan. Begitulah kerinduan terhadap masjid dan surau. Bagi yang ‘kaki masjid dan surau’ juga mempunyai perasaan yang sama – rindu solat berjemaah, kuliah Subuh, Maghrib, solat Jumaat. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan – iftar, tadarus al-Quran dan qiamullail. Adakah peluang itu masih ada pada saki baki Ramadan ini?…

Read More

3.6 juta dijangkiti 256,000 maut

SETAKAT pagi ini, jumlah kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif kini 3.6 juta orang, pertambahan lebih 80,000 kes manakala kematian meningkat kepada 256,000 dalam tempoh 24 jam. Data Johns Hopkins University menunjukkan, sembilan negara mempunyai kes jangkitan melebihi 100,000 kes manakala  Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif 1.19 juta. AS juga kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 70,000 kematian. Sementara itu, Sepanyol dan Itali masing-masing melepasi angka 200,000 kes jangkitan dengan kumulatif kes…

Read More