3.6 juta dijangkiti 256,000 maut

SETAKAT pagi ini, jumlah kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif kini 3.6 juta orang, pertambahan lebih 80,000 kes manakala kematian meningkat kepada 256,000 dalam tempoh 24 jam.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, sembilan negara mempunyai kes jangkitan melebihi 100,000 kes manakala  Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif 1.19 juta.

AS juga kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 70,000 kematian.

Sementara itu, Sepanyol dan Itali masing-masing melepasi angka 200,000 kes jangkitan dengan kumulatif kes masing-masing 218,000 dan 213,000 kes.

United Kingdom mencatatkan 196,000 kes manakala 169,000 kes.

Jerman mencatatkan negara keenam tertinggi merekodkan kes positif dengan 166,000 diikuti Rusia 155,000, Turki 129,000 dan  Brazil 110,000 kes.

Mengenai kes kematian,  United Kingdom mengatasi Itali sebagai negara kedua mencatatkan kematian tertinggi dengan 29,500 kes berbanding Itali 29,315

manakala Sepanyol dan Perancis masing-masing dengan 25,613 dan 25,534 kematian.

Related posts

Leave a Comment