Day: May 3, 2020
Kes meningkat di Singapura
SEBANYAK 14 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam di INDONESIA menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 845 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 349 kes baharu dilaporkan menjadikan kes positif 11,192 kes dalam tempoh 24 jam. Ketika ini, sebanyak 23,130 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu. Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 398 kes, diikuti Jawa Timur (111), Jawa Tengah (85) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA mengesahkan tambahan 657 kes positif Covid-19, dengan hanya 10 daripadanya melibatkan rakyat Singapura, atau…
Read More1,552 kes baharu di Saudi
KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,552 kes baharu dan lapan kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 27,011 dan 184 kematian. Daripada 1,552 kes baharu itu, 19 peratus melibatkan rakyat Arab Saudi dan 84 peratus melibatkan kaum lelaki. Lapan yang meninggal dunia berumur antara 32 hingga 84 tahun melibatkan dua warganegra Arab Saudi di Dammam dan Jeddah manakala selebihnya bukan rakyat tempatan di Makkah, Riyadh dan Madinah.
Read More1.2 juta daftar Gerak Malaysia
LEBIH 1.2 juta individu membuat pendaftaran aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dengan 503,276 daripadanya memohon untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara setakat 1 Mei. Katanya, semua pemohon disarankan mengemas kini maklumat lokasi masing-masing bermula 4 dan 5 Mei ini. Mereka juga dinasihatkan untuk mengemas kini aplikasi Gerak Malaysia yang sedia ada kepada versi terbaharu iaitu versi 2.0. Pemohon yang tidak mempunyai kemudahan Gerak Malaysia, boleh membuat permohonan bertulis kepada balai polis berhampiran sebelum…
Read MoreKekal 3 angka menjelang PKPB
MASIH tiga angka. Hari ini, 3 Mei, menjelang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebanyak 122 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 6,298 kes. Daripada jumlah itu, 52 adalah kes import manakala penularan tempatan 70 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes di mana 27 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 87 kes Covid-19 dilaporkan pulih menjadikan jumlah kumulatif kes…
Read MoreMaro @ duduk dUmoh 52
Dah empat orang boleh keluar
SATU ‘keluarga’ dah boleh keluar. Bukan seorang, atau dua tetapi empat. Itu keputusan kerajaan membenarkan kenderaan persendirian membawa empat penumpang dengan syarat mestilah dari rumah dan keluarga yang sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu diberikan berikutan isu jarak sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga dan mereka yang tinggal serumah. “Kerajaan memutuskan membenarkan untuk kenderaan persendirian maksimum empat orang tetapi mesti daripada keluarga yang sama dan rumah yang sama. “Namun saya percaya ada yang cuba membawa kawan dan jika didapati ingkar,…
Read MoreAkibat pemandu mabuk
MEMILUKAN, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador ketika mengulas insiden yang menyebabkan kematian Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 ketika sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), awal pagi Ahad, 3 Mei. . Anggota polis itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol. “Saya rasa sedih apabila pada awal pagi tadi dikejutkan dengan berita berlaku kemalangan ini yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya yang turut menganggap…
Read MoreKes, kematian tertinggi di AS
JUMLAH korban akibat Covid-19 di seluruh dunia mencecah 243,000 kes dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam manakala jumlah kes melebihi 3.4 juta dengan pertambahan 80,000 kes. Stastik Johns Hopkins University menunjukkan, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut manakala tujuh buah negara merekodkan lebih 100,000 kes dengan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jumlah tertinggi. AS mencatatkan 66,000 kematian dan 1.12 juta kes jangkitan. Itali merekodkan 28.710 kematian diikuti United Kingdom 28,131, Sepanyol 25,100, Perancis 24,729 Sementara kes jangkitan pula, Sepanyol mencatatkan 216,582, Itali 209,328, United Kingdom 183,500, Perancis…
Read MoreSingapura buka berperingkat aktiviti ekonomi 12 Mei
SINGAPURA akan turut melonggarkan beberapa peraturan pemutus rantaian jangkitan wabak Covid-19 secara berperingkat dengan membenarkan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan terpilih beroperasi semula mulai 12 Mei ini. Menurut pasukan petugas pelbagai kementerian mengenai Covid-19, langkah itu berikutan penurunan ketara jangkitan dalam komuniti sejak sebulan lalu. Pengerusi bersama pasukan itu, Gan Kim Tong berkata, purata jumlah kes baharu harian dalam komuniti menurun lebih separuh iaitu 25 pada minggu sebelumnya kepada 12 kes, minggu lalu. Gan, yang juga Menteri Kesihatan, bagaimanapun, berkata masih terdapat kes yang tiada kaitan dengan komuniti dan kluster baharu jangkitan akan…
Read More