Kes, kematian tertinggi di AS

JUMLAH korban akibat Covid-19 di seluruh dunia mencecah 243,000 kes  dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam manakala jumlah kes melebihi 3.4 juta dengan pertambahan 80,000 kes.

Stastik Johns Hopkins University menunjukkan, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut manakala tujuh buah negara merekodkan lebih 100,000 kes dengan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jumlah tertinggi.

AS mencatatkan  66,000 kematian dan 1.12 juta kes jangkitan.

Itali merekodkan 28.710 kematian diikuti United Kingdom 28,131, Sepanyol 25,100, Perancis 24,729

Sementara kes jangkitan pula, Sepanyol mencatatkan 216,582, Itali 209,328, United Kingdom 183,500, Perancis 168,517, Jerman 164,967, Turki 124,375 dan Russia 124,054.

Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh di seluruh dunia pula mencapai 1.07 juta.

Related posts

Leave a Comment