KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,552 kes baharu dan lapan kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 27,011 dan 184 kematian.
Daripada 1,552 kes baharu itu, 19 peratus melibatkan rakyat Arab Saudi dan 84 peratus melibatkan kaum lelaki.
Lapan yang meninggal dunia berumur antara 32 hingga 84 tahun melibatkan dua warganegra Arab Saudi di Dammam dan Jeddah manakala selebihnya bukan rakyat tempatan di Makkah, Riyadh dan Madinah.