15,102 kes di Arab Saudi

ARAB Saudi mengumumkan 1,172 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 15,102, kes. Menurut kenyataan kementerian, 124 lagi pesakit pulih menjadikan 2,049 manakala kes kematian meningkat kepada 127 berikutan enam lagi kematian dilaporkan. Kes baharu yang dilaporkan melibatkan 25 peratus warganegara tempatan manakala yang lain bukan rakyat Arab Saudi. Madinah mendahului  dengan 272 kes, diikuti Makkah 242, Jeddah 210 dan Riyadh 131 kes.

Read More

Kes tinggi di Indonesia, Filipina

THAILAND merekodkan 15 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,854 kes. Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan kes kekal 50. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata seramai 2,490 pesakit pulih dan didiscaj manakala 314 masih dirawat. Beliau berkata 10 daripada 77 wilayah tidak merekodkan kes baharu bagi tempoh 28 hari. “Jangkitan daripada kluster yang aktif masih berlaku di wilayah Chonburi, Phuket, Pattani, Yala dan Chumpon dan setiap kluster melibatkan antara lima dan 51 individu yang dijangkiti,” katanya dalam taklimat harian hari ini. Beliau berkata empat daripada 15…

Read More

Akibat naik kereta tiga orang

SUDAH diberitahu, hanya ‘ketua keluarga’ dan seorang sahaja di dalam kereta. Tetapi masih ada yang sama ada terlupa atau tidak ambil tahu melanggar perintah itu. Akibatnya mereka didenda. Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada semua kerana tidak ada kompromi kesalahan PKP ini. Hari ini, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pasangan suami isteri dan jiran mereka, masing-masing didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), naik kereta ‘beramai-ramai’ untuk membeli barang di pasar raya. Muhammad Hanafi Abdullah, 27, bersama isterinya, Syrifah…

Read More

88 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 96 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, setakat 12 tengah hari Jumaat terdapat 88 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini 5,691 kes. Pada masa yang sama, terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 3,663 kes yang bersamaan dengan 64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Setelah kes kumulatif…

Read More

Dapur bubur tidak berasap

“DAPUR tak berasap tahun ini,” kata warga emas Zainal Abidin Hamid, 65 dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bukan kerana beliau tidak mendapat bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bukan juga tidak cukup wang untuk memasak tetapi disebabkan Covid-19. Bagi Zainal, yang juga ketua tukang masak Masjid Jamek Kampung Baru (MJKB), ini adalah kali pertama bubur lambuk tidak dapat diedarkan kepada masyarakat khususnya di sekitar Kuala Lumpur. “Ini kira sejarah, bubur lambuk Kampung Baru ini sudah 100 tahun dibuat dan diedarkan kepada masyarakat namun tahun ini kami tidak dapat berbuat…

Read More

15 negara selamat?

KETIKA hampir seluruh dunia terkena wabak Covid-19 yang menjangkiti lebih 2.7 juta orang, masih ada 15 negara di Asia, Afrika dan Oceania yang mendakwa tidak terkesan dengan wabak itu. Data itu dikumpul oleh Johns Hopkins University di Amerika Syarikat seperti dilaporkan oleh media Al Arabiya baru-baru ini. Beberapa negara yang melaporkan belum ada kes Covid-19 ini terletak di lokasi terpencil seperti di kepulauan Mikeonesia dan Polinesia. Kedudukan geografi negara-negara itu memungkinkan ketiadaan kes. Bagaimanapun beberapa negara lain seperti tiga negara di Asia tetap menimbulkan keraguan bagaimana tidak ada kes dilaporkan.…

Read More