ARAB Saudi merekodkan 1,158 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,930.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan juga memaklumkan tujuh kematian menjadikan 121 kes manakala 113 sembuh yang menjadikan 1,925 kes pulih.
Kematian wanita tempatan berusia 69 tahun dilaporkan di Jeddah manakala enam lagi bukan warga Arab Saudi meninggal di Jeddah dan Makkah. Mereka berusia antara 23 hingga 67 tahun , kebanyakannya mempunyai penyakit kronik.
Sebanyak 15 peratus kes baharu melibatkan warganegara Saudi manakala selebihnya bukan warganegara tempatan.
Sementara itu, Madinah merekodkan 293 kes, Makkah 209 dan Jeddah 208.