KETIKA hampir seluruh dunia terkena wabak Covid-19 yang menjangkiti lebih 2.7 juta orang, masih ada 15 negara di Asia, Afrika dan Oceania yang mendakwa tidak terkesan dengan wabak itu.
Data itu dikumpul oleh Johns Hopkins University di Amerika Syarikat seperti dilaporkan oleh media Al Arabiya baru-baru ini.
Beberapa negara yang melaporkan belum ada kes Covid-19 ini terletak di lokasi terpencil seperti di kepulauan Mikeonesia dan Polinesia. Kedudukan geografi negara-negara itu memungkinkan ketiadaan kes.
Bagaimanapun beberapa negara lain seperti tiga negara di Asia tetap menimbulkan keraguan bagaimana tidak ada kes dilaporkan.
Negara yang dilaporkan belum mempunyai kes itu ialah Comoros, Kiribati, Lesotho, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Korea Utara, Palau, Samoa, Kepulauan Solomon, Tajikistan, Tonga, Turkmenistan, Tuvalu dan Vanuatu.
Melihat kedudukan geografi negara-negara berkenaan seperti Comoros, kepulauan di pantai timur Afrika, ia dikatakan jarang dikunjungi. Jumlah pengunjung hanya sekitar 36,000 orang setahun. Manakala Kiribati pula hanya mencatatkan kehadiran 6,000 pengunjung setahun dan dikatakan sukar untuk ke sana.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan negara-negara berkenaan bebas Covid-19,mantaranya termasuk medudukan yang jauh, penduduk yang kecil, kurangnya pelancong serta tindakan negara berkenaan mengambil kangajh pencegahan segera termasuk menjtup smeua pintu masuk kepada para pelawat.
Mungkin ynag menimbulkan persoalan sejauh mana negara seperti Korea Utara tidak mempunyai kes sedangkan negara itu bersempadan dengan China, Rusia, dan Korea Selatan.
Begitu juga dengan Turkmenistan. Baru-baru ini negara itu menafikan dakwaan berhubung kerajaannya menyembunyikan data rasmi kes jangkitan wabak Covid-19.
Menteri Luar Negeri, Rashid Meredov berkata, kerajaan sama sekali tidak menyembunyikan sebarang maklumat.
“Sekiranya meningkat satu kes Covid-19 sekali pun, kami akan melaksanakan tanggungjawab untuk memaklumkan segera kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Kami tidak menyembunyikan apa-apa,” katanya kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).