88 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 96 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat 12 tengah hari Jumaat terdapat 88 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini 5,691 kes.

Pada masa yang sama, terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 3,663 kes yang bersamaan dengan 64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid- 19 adalah 1,932 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 41 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Jumaat.

Beliau juga berkata, pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini adalah sebanyak 96 kes (1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kematian ke-96 (kes ke-2978) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-1345) yang mempunyai sejarah pulang dari negara Indonesia. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 2.29 pagi

Related posts

Leave a Comment