Elak mudik, Indonesia ‘gantung’ penerbangan hingga 1 Jun

BAGI mengelakkan aktiviti rakyat bermudik atau balik kampung untuk menyambut hari lebaran, Indonesia melarang semua penerbangan komersial dan persendirian di dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa esok sehingga 1 Jun 2020.

Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan (Pengangkutan), Novie Riyanto dalam satu kenyataan berkata, pengecualian diberi kepada penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara atau negara luar.

Selain itu pengecualian juga diberi kepada pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka.

Larangan bermudik yang berkuat kuasa esok itu, kebiasaannya sebelum ini (aktiviti bermudik) melibatkan pergerakan berjuta-juta orang terutamanya dari Kota Jakarta dan kota-kota berhampirannya, ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia, sama ada melalui pengangkutan darat, udara dan laut, bagi menyambut Aidilfitri.

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi sebelum ini mengumumkan Indonesia menutup kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya keluar negara bagi membendung penularan virus Covid-19, berkuat kuasa 20 Mac lepas sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 7,775 kes berikutan terdapat 357 kes baharu sementara 11 lagi kematian bagi tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 647 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata,

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 301 kes, diikuti Jawa Barat (74 kes), Jawa Timur (60), Jawa Tengah (53) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Related posts

Leave a Comment