Elak mudik, Indonesia ‘gantung’ penerbangan hingga 1 Jun

BAGI mengelakkan aktiviti rakyat bermudik atau balik kampung untuk menyambut hari lebaran, Indonesia melarang semua penerbangan komersial dan persendirian di dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa esok sehingga 1 Jun 2020. Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan (Pengangkutan), Novie Riyanto dalam satu kenyataan berkata, pengecualian diberi kepada penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara atau negara luar. Selain itu pengecualian juga diberi kepada pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka. Larangan bermudik yang berkuat kuasa esok…

Read More

PKP Fasa 4 hingga 12 Mei

SEPERTI dijangka, kerajaan melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu yang akan berakhir pada 12 Mei ini. PKP fasa ketiga yang bermula 15 April sepatutnya berakhir pada 28 April. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menjelaskan, dengan tempoh yang dilanjutkan tersebut, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. “Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam…

Read More

Kematian ketiga anggota KKM

PUTRAJAYA: Dua kematian direkodkan hari ini termasuk seorang lagi anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM). Ini kes ketiga melibatkan anggota KKM yang meninggal dunia akibat Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, statistik terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 95 kes atau 1.7 peratus. Kes kematian ke-94 (kes ke-3871) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 32 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan anggota perubatan KKM dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-3662 (yang berkaitan dengan kluster…

Read More

Tindakan saman ‘mengarut’

CHINA menyelar tindakan Missouri, sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) yang memfailkan saman ke atasnya berhubung isu pandemik Covid-19. Jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang pada Rabu berkata tindakan undang-undang itu “tidak benar dan tidak berasas sama sekali.” Kerajaan China menerusi kementeriannya berulang kali menafikan dakwaan lewat melaporkan tahap penularan wabak tersebut di bandar Wuhan di mana virus itu mula dikesan hujung tahun lalu. “Saman ini sangat mengarut, tidak benar dan tiada asas dari segi undang-undang langsung,” kata Geng pada taklimat hariannya. Tambahnya, sejak wabak itu bermula, China bertindak secara “terbuka,…

Read More

Darurat: WHO tidak terlewat

ANDAI masa boleh diundurkan, adakah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengisytiharkan darurat kesihatan global lebih awal berikutan serangan koronavirus Covid-19? Itu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang wartawan dari India ketika sidang akhbar Covid-19 di Geneva pada 22 April. Menjawab persoalan itu, WHO mempertahankan tindakan yang diambil dalam menangani isu penularan koronavirus baharu SARS-CoV-2. Ketua pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus menafikan pihaknya lewat mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai darurat kesihatan global sebaliknya berkata pengisytiharan darurat kesihatan sedunia dan kemudiannya pandemik itu dibuat tepat pada masanya. “Apabila melihat semula, saya rasa kami telah isytiharkan…

Read More

Kes di Arab Saudi meningkat

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 1,141 kes baharu Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 12,772 Jurucakap kementerian memberitahu, dalam tempoh 24 jam, lima kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 114. Pada masa yang sama, 172 orang pulih menjadikan kes sembuh 1,812. Secara keseluruhan, terdapat 10,846 kes yang aktif tetapi kebanyakannya stabil manakala 82 dalam keadaan kritikal. Makkah masih mendahului dengan 315 kes, Hufof 240, Riyadh 164, Madinah 136 dan Jeddah 114. Menjelang Ramadan, Kementerian Kesihatan menasihatkan masyarakat mengikuti  langkah-langkah pencegahan termasuk penjarakan sosial, mengelakkan berjabat tangan dan menghadiri perhimpunan ramai serta…

Read More