Ramadan dan norma baharu

PUTRAJAYA: Umat Islam disarankan untuk terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan Covid-19 sepanjang bulan Ramadan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masyarakat Islam perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu, selain mengelakkan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan dan saudara sepanjang bulan tersebut. Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) khuatir aktiviti tersebut yang menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli keluarga. “Umat Islam di negara ini diseru untuk menggunakan peluang semasa bulan Ramadan yang bakal menjelma untuk menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan…

Read More

50 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA : Bilangan pesakit Covid-19 yang discaj hari ini adalah 103, dua kali ganda berbanding 50 kes baharu yang dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.  “Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj dari wad adalah sebanyak 3,452 kes iaitu 62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 5,532 kes. Bercakap pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata sehingga kini, 43 kes positif sedang dirawat di unit rawatan…

Read More

Dulu ‘meriah’ kini sepi

JIKA tidak ada aral melintang, Jumaat ini kita akan mula berpuasa. Ramadan 1441 sama sahaja seperti Ramadan yang lalu. Cuma cara kita menyambutnya kali ini yang berbeza. Kali ini dalam suasana ‘terkurung’. Dulu, termasuk tahun lepas, tanpa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu ini pastinya pelbagai persiapan sudah dibuat. Biasanya masjid dan surau dibersihkan secara gotong-royong. Ada yang pasang karpet baharu. Tanah perkuburan juga dibersihkan. Begitulah persediaannya. Saban tahun. Tetapi kali ini kita tidak dapat ke masjid atau surau. Ramadan di rumah. Iftar di rumah. Tarawih di rumah. Begitu juga di…

Read More

Peluang orang ‘terperangkap’

SEKURANG-kurangnya ada sedikit ruang untuk mereka yang ‘terperangkap’ di kampung atau di mana sahaja boleh pulang ke rumah mereka sedikit masa lagi. Itu pun bergantung kepada situasi semasa. Tidak ada jaminan. Mereka yang terperangkap semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui talian menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu masih dalam kajian tetapi usaha ke arah itu ada. “Jika pergerakan akan  bermula pun saya percaya…

Read More

Tiada apa disembunyikan WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan bahawa organisasi itu  telah memberi amaran mengenai koronavirus Covid-19 sejak awal lagi dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada Washington mengenai pandemik itu. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata,  tidak ada rahsia di agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu, setelah  Washington menuduh pertubuhan itu meremehkan wabak di China pada peringkat awal. “Kami telah mengingatkan daripada hari pertama bahawa ini adalah ‘syaitan’ yang harus diperangi semua orang,” kata Dr Tedros ketika menjawab soalan wartawan secara maya dalam satu taklimat media di Geneva, pada 20 April…

Read More

Missouri saman China?

WASHINGTON: Gara-garamenganggap China sebagai ounca penularan wabak Covid-19, sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS), Missouri bertundak menyaman pemimpin negara berkenaan bagi menuntut ganti rugi. Menurut laporan beberapa agensi berita, China didakwa melakukan penipuan yang disengajakan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak Covid-19. Sebelum ini Kongres juga mendesak agar tindakan diambil ke atas China. Pada masa yang sama Presiden Donald Trump  turut berkempen agar tumpuan diberikan terhadap peranan Beijing dalam menangani Covid-19 itu, walhal beliau sendiri dikritik hebat kerana caranya menangani keadaan Covid-19 di negaranya.  Missouri telah memfailkan saman di Mahkamah…

Read More

Kes terus meningkat

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 2.54 juta setakat awal pagi Rabu manakala kematian merekodkan 175,000 kes setakat pukul 5 pagi. Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan lebih 80,000 kes jangkitan baharu dan lebih 6,000 kematian dalam tempoh 24 jam. Sepanyol kini menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk berada dalam kelompok negara mempunyai kes positif Covid-19 melepasi angka 200,000. AS kekal negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan lebih 814,000 kes iaitu pertambahan lebih 36,000 kes baharu. Begitu juga dengan kematian, AS kekal mempunyai angka korban tertinggi dengan mencecah 40,000…

Read More

1,147 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila 1,147 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu mencecah 11,631. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed al-Abd al-Ali juga memberitahu, lima kematian direkodkan menjadikan 109 kes manakala 9,882 kes aktif dan 1,640 pesakit sembuh. Peningkatan itu dipengaruhi 76 peratus daripada kes baharu yang dilaporkan adalah hasil ujian pemeriksaan di lapangan yang setakat ini melibatkan lebih 500,000 orang di seluruh negara. Hari ini, kes baharu sebanyak 1,147 itu adalah lebih dua kali ganda kes yang dilaporkan Khamis lepas…

Read More